Monday, October 31, 2016

  Hokkaido cupcake

Lama dah duk simpan resepi ini. Terjumpa di fb...tapi dah lupa nama tuan punya atau penyumbang resepi ini. Terima kasih kepada penulis resepi dan yang sudi berkongsi di fb, saya kongsikan pula di sini semoga ilmu berguna ini menjadi amal jariah yang berkekalan.
Jom kita cuba. Dah tak sabar nak makan cupcake gebu gebas ni. Saya buat 2 portion sebab nak bawa ke asrama anak-anak.
Bahan-bahan:

A:
4 biji telur saiz A -ambil kuning (asingkan kuning dan putih)
4 sb gula kastor
1/2 c susu segar
1/4 c minyak sayur
1 st esen vanila

B:
5 sb gula kastor
Putih telur

C:
1/2 Tepung gandum
1/2 st serbuk penaik
2 sb tepung jagung
1/2 st garam
Cara membuatnya:
1. Sebatikan bahan A
2. Putar bahan B biar bertanduk (meringue)
3. Masukkan bahan C ke dalam adunan A
4. Masukkan bahan B ke dalam adunan secara kaup balik
5. Masukkan adunan ke dalam acuan sebanyak 3/4penuh
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 170 celsius selama 20 minit
7. Sejukkan kek. Picit filling ke dalam kek

Filling:
125g cream cheese
3 sb gula ising
2 sb susu segar (saya tambah susu supaya adunan lebih cair)
gebu...

hiasi dengan snow powder

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, October 28, 2016

  Ayam percik sos meleleh

Sebenarnya nak bagi nama resepi ni 'ayam percik anak menangis' sebab dugaan sungguh nak masak resepi ni dengan keadaan Muadz yang langsung tak mau berenggang walaupun jarak 2 inci daripada uminya. Gara-gara tinggalkan dia sebulan ketika saya mengerjakan haji tempohari.

Sambil pujuk Muadz, saya mencari resepi ayam percik yang sedap untuk dipadanlan dengan nasi tomato.  Syukur alhamdulillah dengan kemudahan teknologi di hujung jari...resepi dapat dicapai sekelip mata!

Banyak resepi ayam percik yang pernah saya cuba, tapi masih tak berapa puas hati. Hari ini terjumpa resepi ini pula, apa salahnya kita mencuba kan?
Jumpa di halaman ini: http://www.maggi.com.my/bm/recipe/310/ayam-percik-panggang-pedas
Saya salinkan semula di sini sebagai rujukan.  Selamat mencuba!

Bahan-bahan:
500 gpaha ayam, tanpa kulit dan tulang
2 bijibawang besar
3 ulasbawang putih, dikisar
1 sudu besarhalia, dikisar
2 batangserai
1 sudu besarserbuk ketumbar
1 sudu besarserbuk jintan manis
2 sudu kecilMAGGI® CukupRasa™
200 mlsantan
400 mlair
9bawang merah, dikisar
1Bawang putih, dikisar
1 cmhalia, dikisar
1 batangserai, dikisar
8 tangkaicili kering, dikisar
1 sudu besarjus asam jawa
1 sudu besarMAGGI® CukupRasa™
1 sudu besargula

Cara Memasak:
1. Untuk perapan, campurkan kisaran bawang merah, bawang putih, halia dan serai bersama serbuk ketumbar dan jintan manis serta 2 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™.
2. Kemudian curahkan kuah perapan pada ayam, biarkan ia disaluti sekata dan diperap lebih kurang 2 jam.
3. Selepas itu, dalam kuali bersaiz sederhana, masukkan santan, kisaran bawang merah, bawang putih, halia, serai dan kisaran cili kering bersama jus asam jawa, gula dan 1sudu besar MAGGI® CukupRasa™.
4. Biarkan ia mendidih dengan api kecil dan masak sehingga kuah tadi menjadi pekat dan pecah minyak.
5. Salutkan seluruh ayam dengan kuah yang telah dimasak dan alihkan ke dalam bekas pemanggang.
6. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 425 °F. Bakar ayam lebih kurang 45-60 minit. Tempoh memasak boleh ditambah hingga anda puas hati dengan teksturnya.
7. Rahsia agar ayam lebih rangup dan lazat ialah curahkan lebih banyak kuah sebelum dihidang.
8. Apabila haruman ayam percik sudah memenuhi rumah, hidangkannya untuk nikmatinya bersama keluarga.
Versi saya lebih mudah.
1.  Kisar bawang, halia dan serai. kemudian dibahagi 2 bahagian. 
2.  Ambil 1bahangian (untuk perapan) ditambah rempah. Manakala bahagian 2 (kuah) ditambah dengan cili kisar. Saya tak letak bahan perisa Maggi Cukup rasa pun..
3. Perapkan ayam dengan bahan perap.
4. Sediakan kuah percik.
5. Celup ayam dalam kuah percik kemudian panggang ayam biar masak. sesekali curahkan kuah percik supaya ayam tidak terlalu kering.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, October 25, 2016

  Donat dengan inti kastard

Niat di hati nak tiru donut Big Apple. Resepi donat yang saya guna ini memang sangat-sangat menepati rasa seperti Big Apple cuma belum berani mencuba inti kastardnya yang lenbut dan sedap itu.
Hari ini memberanikan diri mengolah resepi sendiri (ala-ala saintis muda nak rekacipta resepi sendiri).
Berani nak cuba? Jom!

Inti kastard
Bahan-bahan:
1 c diary whipping cream
3 sb tepung kastard
5 sb gula kastor - tambah jika mahu lebih manis
Cara membuatnya:
1. Bancuh adunan biar larut
2. Panaskan adunan menggunakan api perlahan. Kacau biar pekat. Tambah air jika adunan terlalu pekat.
3. Sejukkan adunan sebelum digunakan.

Cara memasukkan inti ke dalam donat ialah dengan mencucukkan lubang menggunakan lidi sambil menggerakkan lidi tersebut perlahan-lahan supaya ruang lebih besar untuk dimasukkan inti.
Masukkan inti tadi ke dalam beg piping. Kemudian picitkan inti ke dalam lubang tadi.
Hiasi donat dengan snow powder.
sedap...gebu..

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Sunday, October 23, 2016

  Pesta Lelong Buku Putrajaya

Pesta lelong buku ini berlangsung dari 21hb okt hingga 30hb okt di Dewan Cempaka Sari  di Presint 3 Putrajaya. Memang berbaloi kerana banyak buku yang dijual dengan potongan harga hingga 80%.
Anak-anak saya sangat suka berkunjung ke pesta buku atau sebarang jualan murah berkaitan buku. Macam-macam buku yang ingin dibeli dari buku sekolah, buku latihan, novel, buku motivasi hinggalah ke komik. Saya pula takde lain lah kecuali nak cari buku resepi masakan!  Hahaha...buku resepi kadang tak banyak beza pun dengan resepi sedia ada dalam koleksi saya tapi macam tabiat pula nak juga cari variasi resepi ni. Nak tengok olahan resepi orang lain walaupun tajuk resepinya sama.
Sebahagian buku yang dibeli. Ada lagi yang tak masuk dalam gambar sebab tuannya dah simpan dalam rak dia!

antara buku yg dibeli


Paling seronok saya jumpa buku comel ni. Penulis favourite saya pula tu! Pantang jumpa tulisan ust Pahrol Mohd Juoi mesti saya usahakan untuk beli (ikut kemampuan waktu tu la...).
Buku ni koleksi puisi cinta terindah...saya suka ayat-ayat puitis yang ringkas tapi sarat maksud macam ni.

Jom bawa keluarga berkunjung ke Pesta Lelong Buku!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Bila anak-anak berkreatif

Beri peluang untuk anak-anak meneroka dan mengembangkan bakat kreativiti mereka. Ada banyak cara sama ada memlalui aktiviti kesenian, kemahiran mahupun memasak. Anak-anak saya suka aktiviti memasak kerana bukan sahaja dapat belajar dan berseronok malah perut pun kenyang!

Kali ini sepupu mereka pun ikut serta. Saya siapkan adunan donat. Sambil menunjukkan cara untuk menguli dan membentuk donat, saya biarkan mereka bebas membuat sebarang bentuk yang mereka suka.

Namun begitu perlu juga ditekankan beberapa perkara yang perlu diketahui dalam mengendalikan makanan. Anak-anak perlu diajar bagaimana menjaga kebersihan tangan, peralatan masak, penggunaan apron, kayu penggelek, cara mengendalikan doh supaya donat dapat kembang dengan baik. Kalau diuli berkali-kali pun tak boleh juga sebab nanti doh akan mengeras. Yang penting mereka dapat belajar sambil berseronok.

Jom kita tengok hasil kerja tangan anak-anak.
Faisal ni pakai apron umi...
macam-macam bentuk
ginger breadman pun ada!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, May 16, 2016

  Roti sarang lebah la sangat...

Macam kemaruk pula bila mula buat roti. Setelah hampir 2 bulan oven ni dicutikan daripada bakar roti...hari ni kerja lebih masa pula dia ye.
Lepas buat roti cheese cranberry, teringin pula nak makan roti sarang lebah. Tapi macam tak cukup bahan; takde biji bijan. Takpelah...kita guna apa yang ada aje.
Sejak saya membuat doh frozen ni, kerja meroti menjadi semaki  mudah dan seronok. Anak-anak pun dah boleh membuat roti sendiri.  Hanya keluarkan doh, defrost dulu kemudian bentukkan. Biar naik 2x ganda lepas tu boleh masuk ke oven.  Senang kan?


Nak cuba doh frozen ready-made ni?  Hubungi saya di 013-3623889

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Sunday, May 15, 2016

  Cookies project

Sementara Syaima masih bercuti sebelum melanjutkan pelajaran, dia buat projek jualan biskut. Memang sangat rangup biskut ni...gerenti lebih rangup daripada yang biasa dijual di pasaraya. Cewwah... ayat promosi!

Biskut ni bukan sahaja rangup, penuh dengan kekacang dan chip choc tapi melimpah dengan kasih sayang. Haragnya juga lebih murah daripasan pasaran luar. Malangnya biskut yang sangat istimewa ini tidak dijual di luar, hanya orang tertentu sahaja yang berpeluang membelinya.

Nak jadi orang bertuah membeli biskut istimewa ni? Hubungi Syaima untuk tempahan. 
Atau WA sahaja nombor ni 0133623889.

rangup, wangi, sedap!

sebalang ada 50biji

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, May 14, 2016

  Cranberry cheese marvelous

Kalau dulu memikir-mikir nak buat roti. Sebab agak renyah kerja timbang bahan, uli doh, proofing dan sebagainya. Sekarang tidak lagi dengan doh frozen saya ni hehèe..



Berminat nak cuba doh frozen?  Hubungi saya di 013-3623889.
 satu bahagian doh 500g ini mampu hasilkan 3 biji pizza saiz regular atau 14 biji bun.  Lumayan kan?
tanpa perlu menyukat bahan, tanpa perlu uli doh.  Hanya buka dan guna, senang dan cepat disediakan.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, May 13, 2016

  Lasagna roti

Bosan juga nak masak nasi. Kadang takde idea nak masak apa untuk makan tengahari. Eh..ada nama baru untuk perkataan 'makan tengahari' ...iaitu merarau (syukur la bukan meracau)
Ok...dapat idea dah...nak habiskan roti kopitiam ni juga. Alhamdulillah daging kisar masih ada 2 keping, mozarella pun ada. Apalagi...jom kita buat lasagna roti!

Bahan inti:
2 keping daging kisar sejukbeku
2 ulas bawang besar -dadukan
3 ulas bawang putih -racik halus
1 botol sos spageti
1 tin kacang panggang

Bahan celup roti:
3 biji telur
2 c susu segar
- pukul telur dan roti biar sebati

Bahan lain:
Roti
1 c keju mozarella parut

Cara membuatnya:
1. Sediakan inti terlebih dahulu.
2. Tumis bawang biar wangi, masukkan daging. Kacau biar air kering. Masukkan sos spageti dan kacang panggang. Tak perlu masuk garam. Kalau nak pun boleh masukkan sedikit sahaja.
3. Ambil roti dan celupkan ke dalam bahan celupan.
4. Susun roti ke dalam acuan atau mangkuk kaca yang sesuai.
5. Selang selikan antara lapisan roti dan inti daging. Buat 2 atau 3 lapisan jika suka. Saya buat 2 lapis sahaja.
6. Lapisan atas ditabur mozarella.
7. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Bakar selama 20-25min.
8. Siap!


* saya tak buat sos putih seperti mana biasa dibuat dalam lasagna biasa kerana celupan telur tadi sudah memadai untuk melekatkan roti dengan inti.

susun 2 atau 3 lapis

tabur mozarella

bakar dalam oven

kenyang ni1

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, May 11, 2016

  Imran demam

Sudah lebih setahun rasanya Imran tak demam. Sejak dia konsisten dengan pengambilan madu, omegaguard dan nutriferon ni memang jarang dia kena selsema atau demam.
Hinggalah ahad baru ni badannya dedar sedikit. Malamnya kami keluarga makan meraikan birthday Faisal di restoran Mahboob di Bangsar. Imran dah tak de selera nak makan. Sikit aje dia makan. Sakit tekak katanya. Lepas makan ketika berjalan keluar dari kedai dia muntah uwekkk...keluar semua roti naan yang baru dimakan tadi.

Hingga hari ini jumaat Imran masih kurang selera makan, badan sudah kurang demam cuma tekak dan lidah masih sakit. Yang tak tahan...dia asyik merengek minta ubat. Sakit lidahnya tu..merah dan berduri.  Kesian anak umi tak tahan sakit.
Risau juga macamana nak pergi berjalan ke Terengganu sabtu esok ni. Saya saja ugut dia tak boleh ikut abi ke Terengganu kalau Imran masih demam. Dia susah hati. Sungguh-sungguh dia nak cepat sihat takut kena tinggal.
Alhamdulillah semakin sihat nampaknya. Mudah-mudahan esok dia dah cukup sihat dan fit untuk berjalan.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, April 30, 2016

  Kembali mencandat sotong

Bulan mei kembali lagi. Musim mencandat sotong sudah bermula mulai mei di Dungun Terengganu.  Kali ini kami sekeluarga berpeluang ikut jaulah ke Terengganu.
Seawal 7pagi kami bertolak dari Shah Alam dan singgah sarapan di Genting Sempah.  Perjalanan waktu pagi begini terasa segar dan kurang sesak. Sepanjang perjalanan melalui LPT kami sempat menyaksikan beberapa kumpulan konvoi Cardina, Alza, Gen-2, Ezora dan 2 lagi kumpulan konvoi bermotor. Nampak meriah di tengah lebuhraya dengan deretan konvoi; ke mana agaknya tujuan destinasi mereka.

Kami tiba di homestay Saba Craft Lodge pada pukul 12.45 tengahari setelah berhenti sebanyak 2 kali untuk mengisi NGV. Alhamdulillah perjalanan lancar melalui LPT2 dengan cuaca cerah dan tenang.
Anak-anak paling seronok sebaik sahaja nampak pantai, tak sabar-sabar nak mandi pantai. Anak lelaki ikut abi dan kawan-kawan abi naik bot menuju ke lokasi mencandat sotong. Tinggal kami geng perempuan sahaja di homestay.

Pukul 5 petang kaum bapa dan abang-abang mula naik bot. Operasi mencandat sotong bermula selepas solat maghrib dan tamat sekitar 3 pagi. Sebelum subuh mereka sudah selamat pulang semula ke homestay.
Keesokan paginya kami bersarapan nasi dagang dan sorong bakar. Sedap dan manis terasa isi sotong segar ni. Sotong yang ditangkap agak kecil berbanding tangkapan tahun lepas.


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, April 29, 2016

  Beef puff

Puff pastry lebih enak dibuat sendiri.  Nampak macam renyah, tapi bila dah biasa membuatnya ia akan jadi mudah. Ibarat pepatah alah bisa tegal biasa.
Bahannya ringkas sahaja. Mula-mula sediakan kulit pastri atau puff pastry. Sementara menunggu proses lipatan, boleh siapkan intinya.  Saya suka buat inti daging hancur.

Resepi inti daging:
400g daging kisar
3 ulas bawang besar dipotong dadu
3 sb rempah bukhara
1 sb serbuk lada hitam
1 sb gula pasir
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara membuat inti:
1. Tumis bawang besar biar garing.
2. Masukkan rempah yang dibancuh dengan sedikit air.
3. Masukkan daging kisar. Kacau rata supaya daging tidak bergentel.
5. Masukkan serbuk lada hitam, gula dan garam.
Bila puff pastri dah siap dilipat, potongkan sebesar 5x10cm saiz 4 segitepat.  Letakkan inti dan lipat pastri. Tekan dengan garfu supaya bahagian tepinya melekat.
Susun atas loyang.  Griskan dengan sedikit bancuhan kuning telur dan susu. Kemudian dibakar 200 celsius selama 20-25 minit.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Happy Birthday Faisal

23 April 2016 ulangtahun ke 11 anakanda Mohamed Faisal. Tahun ni dia naik pangkat jadi Sarjan TKRS. Seronok sangat dia ikut program kenaikan pangkat tu. Tahun lepas jadi Imam Muda, tahun ni jadi pengawas sekolah pula.

Moga Faisal dianugerahkan kesihatan yang baik, menjadi anak soleh yang berbakti kepada agama.
Sudah lama tak makan kek carrot, kegemaran kami sekeluarga. Hanya buat kek ni jika ada program istimewa sahaja. Jadi kesempatan kali ni saya buatkan 2 biji kek carrot. Kali ni nak letak caramel sos atas topping creamcheese tu.
Memang sangat sedap, lemak manis gitu😊😊


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, April 28, 2016

  Lama menyepi

Assalamualaikum semua. minta maaf lama sangat saya menyepi dari tulis di blog ini.  Hinggakan rasa takde semangat nak sambung tulis kat sini huhu..bila dah lama sangat cuti dan rehat dari menulis.

3 februari 2016 merupakan tarikh yang tak dapat dilupakan apabila pertama kalinya (dan terakhir mudah-mudahan) saya terpaksa melalui pembedahan kelahiran atau bahasa mudahnya czer.  Ngeri kalau dikenangkan kembali detik tersebut.  Pembedahan secara emergency kerana baby secara tiba-tiba berpusing semula naik ke atas dan tidak masuk ke saluran sepatutnya walaupun bukaan rahim sudah 10cm!  Allah sahaja yang tahu bagaimana ngeri dan takutnya saya ketika itu. Pengalaman itu akan saya simpan kemas-kemas dalam lipatan sejarah sebagai pengalaman yang cukup menakutkan.

Alhamdulillah akhirnya baby yang nak sangat keluar 'ikut tingkap' ni sudah menginjak usia 2 bulan. Berat badan sudah 5.6kg rekod tumbesaran yang jauh meninggalkan rekod abang-abang sebelumnya.  Walaupun baby lahir dengan berat hanya 3.17kg yang merupakan antara yang paling kecil berbanding anak-anak lelaki saya yang lain.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Cakoi enak gebu

Petang begini sedap juga hidangkan cakoi dengan sos kastard manis. Makan panas-panas gitu. Fuhh...sedap!
Biasa nampak dijual di gerai tepi jalan.  Tapi minyak yang digunakan agak lama dan ada rasa tengik sedikit. Mungkin sebab sudah digunakan berulang kali.
Jom kita buat sendiri cakoi ni. Senang pulak tu...tak rugi cuba. Anak-anak pun suka nak beraktiviti di dapur.
Saya ambil resepi dari dapur Fiza. Terima kasih ye berkongsi resepi.

Cakoi
Sumber : Kongsi Resepi

Bahan-bahan:
400gm tepung gandum ~ di ayak
1/2 soda bikarbonat ~ ayak bersama tepung
1 cawan air
1 sdb marjerin ~ dicairkan
1 sdk garam
1 sdb gula
1 sdb susu pekat manis
1 biji kuning telur
2 sdk yis segera

Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya:
1. Satukan air, marjerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar . Kacau agar sebati.

2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan diatas.

3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat dijari .Biarkan selama setengah jam .bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.

4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.

5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.

6.Rendamkan lidi di dalam air . Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut .

7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain.

8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng keperangan.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, January 12, 2016

  Lemon Blueberry Cake

Resepi asal Lemon Blueberry Layer Cake dari Sally' Baking Addiction. Tapi saya jadikan ia satu lapisan sahaja, jadi kenalah buang perkataan 'layer' tu hihi...
Saya sudah kehabisan creamcheese. Tapi dek kerana teringin sangat nak rasa camana lemon xampur blueberry ni maka saya teruskan juga niat buat kek ni.  Jadi tak dapat hias kek ini dengan creamcheese, kira togel aje la kan?
Ok. Untuk penerangan lengkap boleh singgah ke blog sally. Proses membuat kek macam biasa, putar mentega gula, kemudia telur dan esen vanila. Kemudian masuk bahan kering, diikuti bahan basah dan blueberry. Jika nak buat layer, tuangkan adunan ke 3 loyang bulat berasingan. Nanti kita boleh lapiskan dengan creamcheese dan balut keseluruhan kek dengan creamcheese juga.

Saya salinkan bahan-bahan nya di sini untuk rujukan. Otai-otai kek dah tau langkah demi langkah nak buat kek bukan?

Bahan-bahan:
230g mentega
250g gula kastor
1/2c gula perang
4 telur saiz A
1st esen vanila
3c telung kek -saya guna tepung naik sendiri
1c buttermilk (susu segar+jus lemon)
1 1/2 c blueberry
Kali ni nak tulis bahan-bahan aje, cara membuatnya tak payah tulis. Dah pandai buat kek semua kan?
hehee...

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, January 1, 2016

  Flan caramel pudding

Mencuba puding karamel yang dibeli di kedai makanan dari Timur Tengah. Nampak macam sedap...cara menyediakannya pun mudah sahaja. Cuma tambahkan susu dan masak biar didih. Kemudian sejukkan dalam bekas yang sesuai.
Tapi anak-anak saya lebih suka puding ini dimakan bersama serbuk coklat dan chip coklat.  Yummm..sedap juga!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com