Thursday, April 28, 2016

  Cakoi enak gebu

Petang begini sedap juga hidangkan cakoi dengan sos kastard manis. Makan panas-panas gitu. Fuhh...sedap!
Biasa nampak dijual di gerai tepi jalan.  Tapi minyak yang digunakan agak lama dan ada rasa tengik sedikit. Mungkin sebab sudah digunakan berulang kali.
Jom kita buat sendiri cakoi ni. Senang pulak tu...tak rugi cuba. Anak-anak pun suka nak beraktiviti di dapur.
Saya ambil resepi dari dapur Fiza. Terima kasih ye berkongsi resepi.

Cakoi
Sumber : Kongsi Resepi

Bahan-bahan:
400gm tepung gandum ~ di ayak
1/2 soda bikarbonat ~ ayak bersama tepung
1 cawan air
1 sdb marjerin ~ dicairkan
1 sdk garam
1 sdb gula
1 sdb susu pekat manis
1 biji kuning telur
2 sdk yis segera

Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya:
1. Satukan air, marjerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar . Kacau agar sebati.

2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan diatas.

3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat dijari .Biarkan selama setengah jam .bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.

4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.

5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.

6.Rendamkan lidi di dalam air . Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut .

7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain.

8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng keperangan.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




0 comment

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com