Tuesday, November 6, 2012

  TIPS TAMBAH SUSU IBU - Doktor pun ramai yang tak tahu

Fenomena biasa sekarang ini masyarakat kita baik di dalam malah di luar negara semakin sedar kepentingan kembali ke alami iaitu 'natural living'. Antara perkara-perkara yang melibatkan 'natural living' ialah seperti penyusuan anak dengan susu ibu, cloth diaper, menggunakan produk semulajadi yang bebas bahan kimia dan toksik, 'home schooling' dan sebagainya.  Sebagai insan yang mencintai keindahan dan kedamaian semulajadi, kita juga tidak mahu ketinggalan  dan mahu ikut serta dalam arus perdana 'natural living' iaitu kembali kepada fitrah dan menjalani kehidupan yang lebih harmoni serta semulajadi.

Saya turut berbangga menjadi sebahagian daripada ratusan ribu ibu-ibu yang menyusukan anak sepenuhnya (fully breastfeed) sekurang-kurang untuk tempoh 6 bulan pertama usia anak dan meneruskan penyusuan sehingga anak mencecah usia 2 tahun.  Saya pasti ibu-ibu yang menyusukan anak sudah tentu berusaha sehabis upaya, dengan segenap kemampuan berusaha menjaga pemakanan, mencari ikhtiar untuk menjayakan penyusuan susu badan.

Antara isu yang sering diketengahkan oleh ibu-ibu menyusu ialah bagaimana memastikan anak dapat menyusu sehingga tempoh optimum 2 tahun, bagaimana nak banyakkan susu, bagaimana mengendalikan EBM dan sebagainya.

Menjadi lumrah dalam kitar penyusuan, kita akan mengalami musim susu merudum terutama apabila si anak mencecah usia setahun ke atas.  Saya merekodkan semua fasa penyususan kesemua 8 orang anak saya; saya dapat plotkan paten graf yang hampir sama iaitu fasa susu merudum berlaku ketika usia anak 7 bulan dan 1 tahun. Jika dibiarkan begitu sahaja tanpa melipat gandakan usaha menambah susu, anak terpaksa minum susu formula bila masuk umur setahun ke atas.  Itulah yang terjadi kepada anak saya yang keempat iaitu Ammar.  Waktu itu saya sedang berjuang sambung belajar secara 'part time' di UKM.  Berulang alik setiap hujung minggu, mencuri-curi masa rehat untuk mengepam susu, terkadang tak sempat mengepam dan sering juga saya tak sempat nak makan tengahari.  Akhirnya saya pasrah dengan hanya setahun tempoh Ammar menyusu badan.

Bagaimana caranya nak pastikan susu badan sentiasa 'maintain' tak merudum?  Macamana ada ibu-ibu yang berjaya menyusu penuh walaupun tak minum susu?  Perlukah ibu-ibu menyusu ambil supplement untuk tambah susu? Ada tak Tips Tambah Susu Badan?

Pengalaman banyak mengajar kita, melalui pengalaman juga kita jadi lebih pandai, lebih berhati-hati dan lebih berjaya.  Saya ingin kongsikan beberapa Tips Tambah Susu ibu yang saya dapat melalui pengalaman sendiri, pengalaman ibu-ibu lain dan juga melalui kelas penyusuan yang saya hadiri.
Kadang-kadang ilmu penyusuan ini tak semua doktor yang tahu, malah saya sendiri berdepan dengan beberapa orang doktor yang tak faham konsep penyusuan. Pernah saya tanyakan seorang doktor yang memberi bayinya (baru berusia 2 bulan) minum air masak. Katanya supaya anak tak sembelit. Owh...bukankah susu ibu mengandungi komposisi cecair yang sesuai untuk anak? Tak kurang juga saya jumpa doktor yang suruh kita campurkan susu formula, dengan alasan supaya anak cepat membesar (kes jika anak underweight)! Dan macam-macam kes lagi; kesimpulannya tanyalah lactation counselor jika ada masalah penyusuan.
Dan saya percaya lactation counselor juga banyak belajar dari pengalaman ibu-ibu yang menyusukan anak, bukan teori semata-mata.

Jika anda ibu-ibu menyusu yang berminat nak dapatkan Tips Tambah Susu ibu, sila tinggalkan nama dan emel di ruangan komen entry ini.  Saya sengaja tidak tuliskan Tips Tambah Susu dalam entry ini supaya tips ini lebih dihargai.  Hanya mereka yang bersungguh mahu sahaja yang mendapatnya.  Hanya mereka yang tahu menghargai sahaj yang akan memanfaatkannya. Tips Tambah Susu ini pasti sangat berbaloi untuk anda. Doktor di klinik pun belum pasti dapat berikan anda tips sebegini!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




160 comments

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com