Thursday, April 12, 2012

  Susu ibu berkurangan? Apa nak buat ni...

Saya percaya ramai ibu menyusu pernah mengalami keadaan susu mula berkurangan daripada biasa. Beberapa keadaan yang mungkin menyumbang kepada kemerosotan produksi susu adalah apabila:


  • Ibu dah mula bekerja 
  • Ibu mula kedatangan haid
  • Puasa
  • Ibu tidak konsisten mengepam susu
  • Anak mulai makan dan kurang menyusu
  • Ibu outstation dan kurang mengepam susu
  • Ibu mengandung lagi
  • Ibu mengambil ubatan tertentu
  • Ibu dalam keadaan stress
Walau bagaimanapun, konsep penyusuan ialah "bekalan berdasarkan permintaan" jadi selagi ada permintaan (hisapan anak atau pam), susu ibu akan terus ada (sekiranya ibu mengepam dan menyusukan anak).

Susu yang cair atau pekat bergantung kepada cuaca, umur anak dan praktik ibu. Misalnya ibu yang suka mengepam semasa payudara bengkak akan dapati susu badan yang diperah kelihatan cair. Susu ibu adalah susu paling berkualiti, walaupun ibu sendiri kekurangan nutrisi.

Namun, sebagai wanita masakini yang multitasking, ibu ada pilihan untuk menjalani hidup yang lebih baik dengan pengambilan supplement. Bukan sahaja ia membantu dalam kehidupan harian (dalam hal mempercukupkan zat yang kurang) tetapi juga melancarkan proses penyusuan. Misalnya, susu ibu mungkin kurang bila ibu stress atau tertekan. Jadi, pengambilan B Complex sangat bagus untuk melegakan tekanan pada badan dan otak.

Ibu bukan sekadar ibu, ibu juga adalah isteri, anak, kakak kawan, pekerja dan banyak lagi peranannya. Jadi ibu memerlukan sokongan yang kuat. Lebih-lebih lagi di zaman yang terlalu banyak pencemaran.

Jadi, pilihan untuk mengambil suplemen adalah sangat tepat bagi ibu yang sentiasa kepenatan. Antara pilihan ialah:
  • Vita-Lea
  • B Com
  • Vita-C
  • Ostematriz
  • Energizing Soy Protein
  • Alfalfa
kredit

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




0 comment

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com