Kenal tak buah ni?

Setiap pagi Sabtu atau Ahad abi akan ke pasar seksyen 6 Shah Alam membeli keperluan untuk dapur kami.  Selalunya umi akan ke pasar Klang, tapi sejak 3 bulan lepas memang dah jarang ke sana kerana kesuntukan masa.  Jadi pasar yang paling hampir dan menjadi pilihan adalah pasar seksyen 6 ini walaupun masyhur dengan harganya yang mahal.

Antara barang yang wajib dibeli selain sayur dan ikan serta barangan segar lain, abi mesti beli buah untuk stok selama 3-4 hari.  Selanjutnya abi akan beli lagi buah di pasar malam hari Rabu di sini.  Umi nak tunjukkan sejenis buah yang mungkin ramai dah biasa makan, tapi agak terkejut juga kerana harganya yang sangat mahal iaitu RM 30 sekilo!  Biasanya buah ini hanya berharaga sekitar RM2 -RM3 sahaja, agaknya kerana saiznya yang extra vaganza maka harganya berganda.

Kenal tak buah apa ni?  Ada yang panggil buah kundang. Tapi seingat umi buah kundang bentuknya bulat, bukan bujur begini.  Umi tanya atuk kat kampung, buah kundang biji dalamnya warna ungu dan bentuk bulat.  di kampung memang ada sebatang pokok kundang yang lebat berbuah apabila tiba musimnya.  Kata atuk buah yang mirip buah kundang ini dipanggil buah gemia.  Atau mungkin pembaca tahu nama lain untuk buah ini.

Comments

AZLINA said…
Assalamualaikum Umi, perangai hubby akak mcm tu jugak, pantang jumpa buah...buah ni akak panggil ghemia jugak. Aritu ada jumpa kat bgn serai masa balik kg, besar2 mcm ni la rupanya. manis sgt kan! kalau yg kecil2 tu rasanya agak masam..
bopandot said…
ooohooo..sedapnya...
saya panggil kundang je...hehehh!
Anonymous said…
nama dia ayah buah kundang. hehe
Assalamuálaikum Ummi...

Terima kasih banyak2 sebab kak Ti dah belajar satu perkara baru! Hari ni Kak Ti dapat tahu bahawa buah ni rata2 dipanggil gemia atau kundang. Terima kasih ya Ummi dan pemberi2 komen sekalian... :-)
anna kiko said…
buah menia.. org perak daerah kuala kangsar panggil menia''
yag muda boleh buat rojak..
caranya...
buah menia(muda)
belacan
cili padi (kalo nk pedas bbh bnyk le)
kicap manis or masin
sedikit gula''
bawang kecil.. 2,3 ulas''
cara-cara
tumbuk cili n bawang, belacan.. sampai lumat,,
masukkn menia muda.. (tak perlu buang kulit)
tumbuk pecah2..
masukkn dlm mngkuk.. tambh kicp n gula secukup rasa....................
perghhhhhh..... sedap''
Anonymous said…
atau lebih dikenali sebagai buah malin kundang
maya amir said…
mcm my hsbnd gak..mesti beli buah..hehe..saya sukak ini buah.. buah kundang kan namanye? eh bukan ke..hehehe
Anonymous said…
hmm..just nk share..klu kt tempat saya d kedah, buah ni depa panggil buah staq..klu buah ghemia lak kcik skit & wrna biji dia purple & rasanya trsngatla masam..buah staq ni rasanya manis2 masam klu masak..sedap..
Unknown said…
assalam kak...mcm pernah mkn jer buah kundang tu tapi dh lupa rasanya mcm mana...hehe