Sunday, December 29, 2013

  Selamat UlangTahun Kelahiran Ammar dan Imran

Ammar lahir pada 5hb disember 2003 dan Imran pula pada 6hb disember 2010. Senang nak buat sambutan bersama, jimat belanja!

Kami sekeluarga tak meraikan sambutan hari lahir secara khusus, sekadar buat jamuan ringan untuk anak-anak dan keluarga terdekat sahaja. Kebiasaannya kami raikan bersama datuk dan nenek di Petaling Jaya. Kali ini kami jemput juga Tok Chik sekeluarga dari Ampang dan bua sambutan di rumah sahaja.

Menu ringkas kegemaran anak-anak iaitu laksa utara (kurang pedas), spageti bolognaise, lasagna, puding karamel bersama kek marble choc cheese, blueberry cheese dan pavlova.

Masing-masing nak bantu siapkan menu hidangan. Syifa' tolong masakkan spageti, kakak Syaima buatkan pavlova, abang-abang tolong umi buat kek. Alhamdulillah seronok beraktiviti di dapur!

Selamat ulangtahun kelahiran buat Ammar dan Imran, moga diberkati umur, dimurahkan rezeki dan menjadi anak soleh.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Bubur lambuk musim hujan

Musim hujan macam ni memang sesuai dihidangkan bubur lambuk pantai timur. Syaratnya mesti ada pucuk paku merah!

Agak sukar juga nak dapatkan pucuk midin (nama glamour pucuk paku merah) ni di Shah Alam. Kalau ada dijual di pasar pun agak terhad. Tak lengkap dan tak menjadi bubur lambuk kalau tak ada pucuk midin.

Syukurlah Allah turunkan hujan dan cuaca panas keesokan harinya. Cuaca hujan dan panas biasanya pucuk midin akan keluar. Rezeki saya kali ni dapat petik sendiri pucuk midin di tengah kota metropolitan!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Tadika baru di kawasan kediaman kami

IKRAM Shah Alam sedang giat mempromosikan pembukaan tadika baru di kawasan kediaman seksyen 7 Shah Alam.

Tadika ini yang diberi nama Tadika Al Amin Salam menggunakan medium English Islamic sangat menepati kehendak dan citarasa masyarakat yang mahukan pendidikan awal kanak-kanak melalui pendidikan agama dan bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi.

Untuk pendaftaran, sila hubungi Puan Yuzaila Yusuf.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, December 12, 2013

  Keistimewaan Jadi Ahli Shaklee

Atas permintaan seseorang, saya kongsikan di sini kisah dan pengalaman saya menjadi Ahli Shaklee. Ya bisnes MLM Shaklee ni sebenarnya tak pernah terlintas pun di hati saya untuk mendaftar sebagai Ahli Shaklee.  Apatah lagi saya sangat anti dan allergik dengan nama MLM iaitu multi level marketing ni.
 
Bermula dengan hasrat mencari supplement tambah susu bagi tujuan menyusukan 2 anak serentak. Imran dan Naufal. Walaupun saya berpengalaman menyusukan 7 orang anak bersama 4 orang anak susuan sebelum ini, kali ini situasi agak berbeza. Dengan menyusukan Imran dan Naufal serentak, sudah pasti saya memerlukan 'milkbooster' yang lebih power, yang lebih pantas, lebih mudah dan menjimatkan masa.
 
Saya dah tak larat nak masak sup lobak putih, tekak ni dah tak boleh terima pil halba apatah lagi rempah halba. Saya mahukan sesuatu yang lebih mudah, lebih senang malah lebih sedap!  Bukan itu sahaja, sebagai ibu dengan 8orang anak; saya perlukan lebih stamina!
 
Bermulalah pencarian saya hingga dipertemukan dengan set penyusuan Shaklee melalui 'pakcik google'. Memang tak percaya bila baca testimoni pengguna set penyusuan ni, ishh...tipu je ni kut. Tapi tak mengapa, tak rugi pun nak cuba kan? Alhamdulillah...syukur ya Allah memang set penyusuan Shaklee adalah 'milkbooster' terbaik yang pernah saya amalkan!
Ehh..dah melalut pulak...lari dari tujuan asal. Sebenarnya tadi nak cerita tentang Keistimewaan Jadi Ahli Shaklee. Ye lah kan...alang-alang saya dah suka dan puas hati dengan produk Shaklee, kawan-kawan di ofis dan kawan adik pun nak tahu rahsia saya menyusukan anak; maka saya pun mendaftar sebagai Ahli Shaklee.
 
Dengan maksud untuk beli makan sendiri dan kongsi bersama keluarga. Alhamdulillah perkongsian kebaikan produk Shaklee ini mendapat sambutan kawan-kawan dan keluarga. Semakin ramai yang order produk Shaklee melalui saya. Bermula dengan bonus pertama RM22.50 seterusnya meningkat kepada RM300 dan seterusnya makin meningkat saban bulan. Sehingga sekarang saya merasa bonus Shaklee lebih dari 4 angka! InsyaAllah sedang meningkat kepada bonus 5 angka tak lama lagi!
 
Shaklee menawarkan 3C iaitu cash, car dan convention. Banyak lagi Keistimewaan Jadi Ahli Shaklee ni, lain kali saya cerita lagi. Nak tau bagaimana saya menjana pendapatan sampingan 4angka ni? InsyaAllah bersambung dalam entry akan datang!
Ni 'kedai' saya di rumah dan saya uruskan Bisnes secara Online sahaja. Kami mempunyai kumpulan sokongan yang kuat dan kelas 'coaching' tersendiri.  Dengan perkembangan teknologi komunikasi dan kemudahan Internet, kini bisnes menjadi lebih mudah dengan Bisnes Online sahaja.
 
Nak sertai kumpulan bisnes saya? Hubungi saya melalui emel norasiah99@gmail.com atau SMS/WhatApp di 0133623889.
'Kedai' Shaklee saya
Saya sendiri allergik dengan MLM jenis 'head hunting' dan menipu, apa lagi jika MLM yang memerlukan pelburan bermodal besar.  Dengan Shaklee anda tak perlu modal yang besar. Cukup dengan RM75 (semenanjung) atau RM85 (Sabah/Sarawak) anda akan layak menjadi Ahli Shaklee seumur hidup.  Nak berjaya dalam bisnes Shaklee? Saya ada formulanya!  Hubungi saya untuk maklumat lanjut. 

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, December 7, 2013

  Sumbangan untuk mangsa bencana banjir

Ayuh kita panjangkan usaha membantu rakan- rakan saudara mara kita yang diuji dengan musibah banjir di Kuantan dan Kemaman.

Bayangkan bagaimana keperitan mereka hidup dengan sehelai sepinggang tanpa membawa sebarang harta. Kereta pun banyak yang ditenggelami air banjir. Haiwan ternakan tidak dapat diselamatkan.

Bayangkan keperitan mereka untuk menghadapi keadaan selepas musim banjir ini. Dengan keadaan rumah yang kotor berlumpur, tilam, perabot semuanya berendam air lumpur, bukan air bersih. Keadaan kotor begini bakal mengundang penyakit berjangkit, haiwan berbisa seperti ular kala jengking dan seumpamanya juga banyak berkeliaran.

Jika anda prihatin, sumbangkanlah sedikit harta dan tenaga bagi membantu mengurangkan beban mereka.  Sumbangan anda boleh dimajukan kepada akaun yang tertera di dalam gambar di bawah.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Bencana banjir di Kuantan dan Kemaman

Sejak minggu lepas hujan turun hampir setiap hari dari pagi hingga ke malam. Keadaan ini telah menyebabkan paras air meningkat dan menyebabkab banjir di beberapa lokasi rendah di Kuantan dan Kemaman.

Sedih melihatkan keadaan mangsa yang terpaksa meninggalkan kediaman mereka sehelai sepinggang demi menyelamatkan nyawa. Keadaan di pusat penempatan mangsa banjir juga agak menyedihkan. Dengan kekurangan makanan, jerit tangis anak kecil, kemudahan tandas yang agak terhad dan masalah bekalan air bersih yang tidak mencukupi.

Alhamdulillah rakyat Malaysia yang prihatin telah menggerakkan pelbagai usaha bagi membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir. Antara usaha yang boleh kita lakukan adalah mengadakan kutipan derma dan sumbangan kewangan, pakaian, makanan kering, selimut, lampin pakai buang, tuala dan sebagainya.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Sunday, December 1, 2013

  Hari ihtifal tadika Si Cilik Pintar

Lupa pula saya nak pos entry ni. Tersimpan saja dalam folder draft.

17hb Nov Ahad lepas telah diadakan hari penyampaian hadian dan kreativiti atau disebut hari ihtifal tadika Si Cilik Pintar. Majlis diadakan di Dewan Pro Cansellor Unisel Shah Alam.

Banyak hadiah dan cabutan bertuah di samping penyampaian hadiah dan cenderamata pada anak-anak tadika. Paling best kami sekeluarga dapat penghargaan keluarga paling setia sebab menghantar anak ke tadika ini sejak 2006 iaitu Ammar, Faisal, Syifa', Syakirah dan tahun depan ditambah dengan Imran. Hadiah istimewa pula tu!

Seronok tengok kreativiti anak-anak buat persembahan. Imran pun ada buat persembahan menari, relaks je dia yak takut pun. Sambil tersenyum simpul tali langsung tak terganggu fokusnya pada persembahan.
Syifa' ada persembahan coral speaking, tarian 'mak lodeh' bukan main lengguk lentuk dia menari, hafazan dan macam- macam lagi. Tak sangka Syakirah pun pandai dan hafal step tarian yang diajar oleh cikgunya. Steady je dia menari tak terganggu walau kami duk usik-usik dia dari bawah pentas.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Bercuti di Cerating

Pada hujung minggu baru ini iaitu 23 hingga 24 Nov kami sekeluarga bercuti ke Kemaman menziarahi pak Teh sekeluarga. Kami bertolak seawal 4ptg pada jumaat 22hb Nov. Kami tiba di rumah pak Teh kira-kira 10 malam. Perjalanan selama lebih 6 jam ini disebabkan jalan agak sesak maklumlah hujung minggu waktu cuti sekolah pula tu.  Lagi pula kami berhenti solat asar di Petronas sebelum masuk Karak, kemudian berkelah makan KFC di tepi hentian tol LPT, berhenti solat magrib dan isya pula dalam perjalanan ke Kuantan. Fuhhh...penat juga jadi co driver ni (hihihi...).

Alhamdulillah cuaca sangat cantik, terang takde hujan. Kata mak Teh 3 4 hati sebelum ini asyik mendung dan hujan sahaja. Rezeki kami dapat mandi laut dalam cuaca terang dan nyaman.

Ishh...rasa macam tulis karangan ' percutian sekeluarga' pula. Jom layan gambar!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Cuti sekolah, jom beraktiviti!

Cuti sekolah sudah 2 minggu berlalu. Saya agak sibuk semester ini, tak sempat nak rancang aktiviti dengan teratur. Kebanyakan aktiviti anak- anak sejak cuti kali adalah secara ad hoc.

Antara aktiviti dan tugasan yang dijalankan adalah seperti kemas rumah, buat stok frozen food, asingkan baju terpakai, asingkan buku terpakai.

Ini catitan Faisal. Agak terperinci juga. Tugasan yang dia mesti lakukan setiap hari. Wajib tu!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Sunday, November 3, 2013

  Rindu atuk dan nenek kat kampung...

Cuti sekolah bakal menjelang tak lama lagi. Kami dah tak sabar nak tunggu cuti sekolah hujung tahun supaya boleh merancang cuti panjang.  Semestinya nak balik kampung!

Macam-macam aktiviti yang boleh dibuat di kampung. Boleh memancing kat kolam ikan atuk, boleh ikut atuk pergi ke ladang kelapa sawit, boleh mandi sungai, boleh berkelah dan macam-macam lagi. Yang tambah seronok sebab suasana di kampung agak bebas dan rasa lebih selamat. Tak perlu risau nak kena tutup pintu pagar, tak risau nak berjalanjalan ke rumah jiran-jiran atuk. Tak sama dengan keadaan di bandar ni, nak bergerak ke mana-mana pun kena berteman. Nak ke padang permainan pun kena ada orang dewasa 'escort' sama. Tak bebas, tak selamat, tak seronok!

Atuk dan nenek tunggu kami balik ye. Nanti boleh kita jalan-jalan cari makan sambil berkelah lagi. Seronok sangat mandi air terjun di Lata Meraung tempohari. Pak Cik Pi nak buat barbeque lagi tak?



Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, October 14, 2013

  Salam Aidiladha

Esok hari raya Aidiladha. Cuma kemeriahannya kurang dirasai berbanding hari raya Aidilfitri. Mungkin suasana di sini kurang meriah berbanding di Tanah Suci di mana jutaan umat Islam sedang bersiap untuk menunaikan haji.

Antara keelebihan dan keistimewaan Aidiladha selain menunaikan haji ialah ibadah qorban.Tujuan kenapa kita digalakkan melakukan ibadah  qorban:
1.sebagai Ibadah.
2.Hapuskn dosa2 kecil masa lalu.
3.Menambahkan amal kebajikan dan melipat gandakan pahala sunat.
4.Menambahkan keberkatan rezeki.
5.Tanda kesyukuran.
6.Sebagai sedekah
7.Memajukan ekonomi masyarakat Islam.
8.Menunjukkan kefahaman orang Islam terhadap syariat Islam dengan ibadah qorban.
9.Mengikut jejak langkah Nabi Ibrahim
10.Kenderaan pada hari qiamat nanti

Saya takde buat sebarang kuih raya kali ni. Cuma sediakan cream puff untuk jamuan di rumah pak long esok.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, October 10, 2013

  Tanda kebahagiaan hidup

Hidup ini penuh dugaan. Penuh cabaran. Bukan hidup jika laluannya mendatar dan lurus semata. Seperti mana kata Prof Dr Hamka bahawa hidup ini terbina di antara pahit dan manis. Jika terlalu manis hati akan jemu. Jika terlalu banyak pahit hati akan rawan.

Cuma terkadang kita akan mengeluh, dek jerih dan penat yang panjang. Sesekali rasa ingin lari dari rutin seharian. Jemu!

Bukan beerti dari dari masalah. Cuma rehat sejenak mengumpul semangat. Agar langkah seterusnya lebih rancak dan teratur.

Benarlah kata pujangga; antara tanda kebahagiaan hidup ialah apabila kita buat apa yang kita suka dan kita suka apa yang sedang kita buat.

Anda juga sedang berbahagia?

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Sunday, October 6, 2013

  Menu sihat sesuai untuk yang sedang diet


Kadang jemu juga nak sediakan makan tengahari dengan lauk segala. Tambah pula jika kita sedang berdiet. Saya suka dengan quote ' my life is a struggle between I love food and not getting fat!' Memang tepat dan kena dengan diri saya.

Jadi hari ini saya siapkan laksa Penang sebagai pilihan menu yang lebih sihat dan sesuai untuk diet.

Jemput makan ye!
Lecithin jangan lupa tau! Hehe...

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, October 1, 2013

  Lauk ringkas dan sihat

Kadang buntu juga nak fikir apa menu nak masak untuk makan tengahari. Tambah pula wanita bekerjaya macam saya ni ecece..hehe...masa untuk sediakan lauk pauk amat terbatas. Jadi saya perlu fikirkan lauk yang ringkas dan all-in-one.

Antara lauk lengkap yang saya suka sediakan ialah tenggiri masak asam pedas. Lengkap ada ikan, sayur bendi dan berkuah. Untuk lengkapkan hidangan, cuma tambah telur goreng dadar. Ringkas dan cepat disediakan.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, September 13, 2013

  Immune booster semulajadi

Alhamdulillah saya sangat bersyukur dengan perubahan ketara kulit anak saya Imran. Ramai yang tahu bagaimana keadaan kulit Imran sejak baby, ekzema dan allergi. Pantang silap makan.... bengkak muka!
Kalau dulu waktu umur 8 bulan Imran langsung tak boleh makan makanan laut termasuk ikan bilis, hanya makan ikan tenggiri dan ikan merah (yang mahal sahaja huhu...), telur, coklat, susu lembu pantang nombor 1.

Dia satu-satunya baby yang bawa periuk ke taska! Makanan homemade setiap hari hingga masuk umur hampir 2 tahun.  Fuhh...jenuh juga saya nak siapkan makanan setiap pagi untuk Imran.  Kegemaran dia ialah sup makaroni, nasi marjerin dan sup ikan.
Alhamdulillah sejak konsisten dengan Omegaguard, Nutriferon dan chewable vitamin C ini, memang nampak perubahan ketara pada kulitnya.  Lebih tepat lagi jika saya kata sejak amalkan Nutriferon.  Waktu dia berusia 1 thn 6 bulan memang saya dah beri Omegaguard dan Chewable vitamin C, kadang kala naik juga 'jerawat batu' kat muka dan lengannya.  Masuk usia 2 tahun saya beri dia Nutriferon, seminggu 1 kali je pun...dah licin kulit dia.  Ekzema pun berkurang.  Sekarang dia dah boleh makan ayam, telur, udang (masih berjaga-jaga) dan kekacang.  
senyum!
Cuma aiskrim, coklat dan susu lembu masih pantang. Naik merah juga mukanya kalau makan coklat. Cuma tak semerah dan bengkak muka seperti sebelum ini.

rapatkan kaki!
rapatkan!!
macam ni la baru betul!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, August 24, 2013

  Saudara susuan

Mereka berdua ni saudara susuan. Imran lahir pada 6 Disember 2010, Naufal pula 12 Disember 2010.
Waktu kecil memang Imran nampak lebih besar.


Selepas 2 tahun tak jumpa, ternyata Naufal lebih besar dan tinggi daripada Imran.
sama hansome!

siapa abang, siap adik ni...

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com