Sejak minggu lepas hujan turun hampir setiap hari dari pagi hingga ke malam. Keadaan ini telah menyebabkan paras air meningkat dan menyebabkab banjir di beberapa lokasi rendah di Kuantan dan Kemaman.
Sedih melihatkan keadaan mangsa yang terpaksa meninggalkan kediaman mereka sehelai sepinggang demi menyelamatkan nyawa. Keadaan di pusat penempatan mangsa banjir juga agak menyedihkan. Dengan kekurangan makanan, jerit tangis anak kecil, kemudahan tandas yang agak terhad dan masalah bekalan air bersih yang tidak mencukupi.
Alhamdulillah rakyat Malaysia yang prihatin telah menggerakkan pelbagai usaha bagi membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir. Antara usaha yang boleh kita lakukan adalah mengadakan kutipan derma dan sumbangan kewangan, pakaian, makanan kering, selimut, lampin pakai buang, tuala dan sebagainya.
Comments