Thursday, December 31, 2009

  Penutup Tahun Baru

Sebelum berakhir tahun 2009 ini umi pun bercadang nak mengemaskini ruang 'baking studio' yang telah lama tak dikemas.  Antara item yang dah hampir nak tamat tarikh ialah tepung roti/protein tinggi.  Jadi inilah hasilnya...

sosej breadcrumb

dan custard rolls
 

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, December 29, 2009

  Cheese Tart lagi..

Musim hujan-hujan begini nikmat sungguh menikmati secawan teh pudina bersama 'blueberry cheese tart'.  Agaknya itulah sebab kenapa ramai yang tempah cheese tart ini waktu musim begini.  Walau apapun alasan, tiada salahnya sesekali santai menikmati hidangan petang bersama keluarga tersayang, kan?

Kali ini tempahan oleh kawan pejabat umi Pn Balkish, moga berpuas hati dengan tempahan tempohari.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Kek Fondant

Cik Ida ada request kek fondant untuk walimahnya nanti.  Umi pun ambil kesempatan ini untuk menambahkan ilmu dalam dunia 'baking' belajar membuat kek fondant.  Istimewanya kek ini bukan sahaja cantik dipandang, yang penting sedap lagi halal kerana kek dan fondant umi buat sendiri!


Ini hasil kelas fondant umi belajar di lea oven.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Roti gulung

Selalunya umi buat kek atau bahulu gulung.  Kali ini umi nak cuba buat roti gulung pula.  Tekniknya sama seperti membuat bahulu gulung.  Mula-mula sediakan doh roti (boleh guna resepi roti di sini).

Cara membuatnya:
1. Bakar roti dalam oven 170 C selama 20-25 minit.
2. Bila roti siap dibakar, sejukkan sebentar.
3. Kemudian terbalikkan roti ke atas sekeping kertas minyak.
4. Kemudian sapu permukaan roti dengan mayonis dan taburkan serunding daging/ayam atau apa-apa inti yang sesuai.
5. Akhir sekali gulung roti dengan kemas.

Jemput makan ye!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Berkelah di Port Dickson

Sempena cuti panjang baru-baru ini kami sekeluarga bersama atuk, nenek dan amu sekeluarga telah pergi berkelah ke Port Dickson.  Kami menginap di Laguna Resort dengan kedudukan pantai yang paling hujung.  Anak-anak yang paling seronok mandi pantai, maklumlah bukan selalu dapat peluang begini.  Antara aktiviti menarik yang kami buat di pantai adalah ....


 ni siapa pulak mangsanya?


dah masak ke belum?
 ni dia chef bbq malam tu..

 mandi laut

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, December 17, 2009

  Batik Swiss Roll

Anak-anak memang suka makan swiss roll sebab kek ini biasanya lembut, gebu dan ada 'filling'.  Umi akan letakkan 'filling' jem strawberry ataupun jem blueberry, jarang umi gunakan 'filling' buttercream.  Namun untuk membuatnya kena teliti dan sabar terutama waktu nak menggulung swiss roll ni mesti hati-hati kerana ia agak 'fragile'.
Resepi asal ambil dari resepi.net.  Untuk mudahkan rujukan semua, umi salin semula (minta izin ye!) di bawah :

Sumber :apek (FnR)
Kiriman : Mak Lang Azie


Bahan-bahan
  • 6 biji telur gred A @ B      
  • 4oz gula castor
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu bsr ovelet
  • 3oz tepung gandum
  • 1 sudu bsr susu tepung
  • 4oz mentega cair
  • Sedikit coklat emulco
  • Jem strawberri secukupnya

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Muffin Pisang Berkacang

Ini kes nak habiskan pisang yang sudah masak ranum kat dapur ni, nampaknya tak ada sesiapa yang sudi nak makan.  Umi cadang nak buat muffin pisang.  Untuk tambah perisa kepada muffin ini umi taburkan sedikit kacang pada permukaan muffin.  Harum semerbak bau pisang bila muffin ini dah siap dibakar. 

Bahan:
2 c tepung
1 st serbuk penaik
1 st soda bikarbonat
½ st garam
2 c pisang lenyek
1 ¾ c gula kastor
4 biji telur
½ c susu segar
¾ c minyak jagung
½ st esen pisang
½ c kacang – tumbuk kasar

Cara membuatnya:
  1. Panaskan oven 200 C.
  2. Ayak tepung, serbuk penaik, soda dan garam. Ketepikan sebentar.
  3. Putar telur dan gula hingga kembang.
  4. Masukkan pisang, esen dan susu segar ke dalam bancuhan telur tadi.
  5. Masukkan bahan yang diayak tadi, kacau biar sebati.
  6. Masukkan minyak dan kacau secara kaupbalik menggunakan spatula.
  7. Sudukan ke dalam cawan muffin anggaran ¾ penuh.
  8. Taburkan sedikit kacang di permukaan muffin.
  9. Bakar di dalam oven selama 20-25 minit sehingga muffin masak.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, December 16, 2009

  Tuna Puff

Tuna puff ini sesuai dimakan waktu minum petang.  Umi gunakan resepi flacky puff untuk pastri, manakala intinya pula menggunakan tuna dan bawang besar.  Resepi pastri boleh tengok sini.

Puff ini sedap dimakan panas-panas, ranggup pastrinya. Jemput makan semua!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Ulang tahun Ammar

Setiap tahun Ammar tak dapat sambut ulang tahun di Tadika (sebab sekolah cuti), jadi kebiasaannya sambutan ulang tahun hari jadi Ammar dibuat di rumah nenek.  Tahun ini Ammar minta kek oren.  Jadi umi buatkan kek mentega oren dan dihiasi bunga-bungaan.




Ammar sebenarnya segan nak potong kek ni sebab penuh dengan bunga, jadi kakak, abang-abang dan sepupu semua kena nyanyi dulu bagi semangat pada Ammar.


tunggu apa lagi!

Tapi kami semua bukan nyanyi lagu 'Selamat hari jadi' sebaliknya nyanyi lagu 'POTONG!'
hahaha... Ammar tersipu-sipu sambil potong kek.


Potong- potong- potong, potonglah cepat!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Cookies untuk Door gift

Beberapa hari lepas umi dan kakak Syaima' sibuk menyiapkan 'door gift' sempena majlis perkahwinan Teacher Ainun.  Kami siapkan biskut yang kemudian dimasukkan ke dalam plastik dan seterusnya dimasukkan ke dalam kotak khas.


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Tempahan Pai Epal

Ada seorang anak kawan umi ini suka sangat makan pai epal, kadang-kadang dia boleh habiskan lebih daripada separuh pai itu sorang diri.  Jadi bila ada kesempatan kawan umi akan tempah pai ini untuk anak kesayangannya.


Banyaknya Asiem makan, besar jugak pai ni kan?

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Red Bean Stollen

Resepi roti kali ini agak istimewa kerana menggunakan teknik tertentu.  Umi lupa nak 'snap' gambar masa buat roti ni, insyaAllah lain kali umi poskan gambar 'step-by-step' pula.

Untuk doh umi menggunakan doh bun manis (klik sini utk resepi) dan isiannya pula menggunakan inti kacang merah. 


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Cinnamon Rolls

Umi minta maaf sebab lama sangat tak 'update' blog ini, umi agak sibuk kebelakangan ini dengan pelbagai kerja rasmi dan tak rasmi.  Oleh kerana makcik-makcik ramai yang dah 'bising' bertanya bila nak 'update', umi gagahkan juga untuk memenuhi permintaan.

Untuk minum petang umi sudah siapkan 'raisin cinnamon rolls', sedap dimakan bersama secawan teh pudina (ala-ala Inggeris gitu!), sesekali bertukar angin apa salahnya kan?

Untuk pastri, umi gunakan resepi bun manis, isiannya umi letakkan sedikit kismis dan serbuk kayu manis.

Jemput makan semua..!



Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Sarapan pagi


Pagi ini umi buat pancake lagi, kali ini guna resepi yang lain pula.  Jom tengok bahan-bahannya...

Bahan:
1 1/2 c tepung gandum
2 sb gula
1 1/2 c susu segar
2 st serbuk penaik
2 sb mentega -dicairkan
1/4 st garam
1 telur

Cara membuatnya:
1.  Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sebati.
2.  Panaskan kuali.
3.  Tuang 1 senduk adunan ke dalam kuali, biarkan gelembung udara terbentuk.
4.  Kemudian balikkan pancake tadi ke sebelah yang satu lagi, biar masak.
5.  Angkat dan boleh dihidangkan bersama sos kegemaran.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, November 20, 2009

  Quiche Tuna

Semalam ada tetamu datang bertandang ke rumah.  Umi terfikir nak buatkan quiche tuna, bahan-bahannya semua dah ada.  Resepinya ambil dari blog Cik Mat Gebu.  Apalagi, jom..!

Bahan Pastri :-)
220 g tepung gandum
125 g mentega
(marjerin pun boleh)
1 camca besar gula aising
1 biji telur, dipukul sedikit

Bahan Inti :
1 tin tuna - ditoskan
1 biji bawang besar - potong dadu
1 ulas bawang putih - cincang halus
1 cawan mix vege (umi atak letak pun, ganti dengan lada benggala merah
1 camca besar mentega
1/2 cawan susu segar
2 helai bay leaf (umi ganti dengan daun bawang)
1/2 ketul kiub pati ikan bilis "MAGGI"-( umi tak letak pun)
1 camca teh serbuk lada hitam
2 camca besar hirisan daun bawang- hiasan
25 g parutan keju cheddar -untuk hiasan

Bahan Kastard :
3 biji telur
1/3 cawan susu segar
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Secubit garam
-semua bahan ini dibancuh sebati

Cara membuatnya :-)
  1. UNTUK PASTRI: Gaul semua bahan dalam mangkuk  hingga menjadi doh yang tidah melekat di tepi mangkuk. Bungkus dengan plastik danmasukkan sebentar ke dalam peti sejuk (anggaran  20 mini).
  2. UNTUK INTI: Panaskan mentega dalam kuali, bila cair, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi, masukkan sayuran dan gaul rata. Masukkan ikan tuna, serbuk lada hitam dan susu. Kacau sebati dan masak dengan api perlahan hingga kering. Angkat dan ketepikan sebentar.
  3. PENYEDIAAN QUICHE TUNA BERKEJU:-) Keluarkan doh, canai diantara 2 keping plastik. Canai setebal 0.3cm.  Alihkan ke dalam acuan tart  yang dasarnya boleh ditanggalkan. Kemaskan dan potong lebihan doh, cucuk permukaan doh dengan garfu.  Masukkan ke oven dan bakar sebentar anggaran 15 minit pada suhu 175C. 
  4. Keluarkan pastri tadi dari oven, ratakan inti dan tuang bahan kastrad. Tabur hirisan daun bawang dan parutan keju cheddar. Sambung membakar untuk 25 minit lagi hingga permukaan quiche menjadi kuning keemasan. Sejukkan sebelum dipotong untuk hidangan.



selepas dibakar.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Roti..roti...roti..


Macam-macam jenis roti boleh dihasilkan menggunakan adunan doh asas.  Resepinya umi dah letak sebelum ini (lihat di bahagian roti).  Kali ini umi bentukkan menjadi 'cheese plaited' pulak.  taburkan sedikit cheddar cheese dan gula di atas 'tocang' roti itu. 

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Bawang goreng lagi..!

Seronok buat bawang goreng (onion ring) ni sebab sekejap sahaja dah licin, siapa lambat dia tak dapat!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Strawberry milk shake

Kakak Syaima' cuba nak buat 'strawberry milk shake', tapi takde buah strawberry.  Jadi umi cadangkan supaya dia guna sirap strawberry.  Bahan-bahannya mudah sahaja; susu segar, sirap dan sedikit air.  Masukkan semuanya ke dalam pengisar.  Kalau nak sedap lagi boleh letakkan sedikit ais krim vanilla atau ais krim perisa strawberry.  Jom minum...!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, November 17, 2009

  Kelas Modul 3

Ahad lepas telah berlangsungnya kelas Modul 3 yang dihadiri oleh 6 peserta.  Kelas kali ini mereka berpeluang belajar membuat puff pastry yang seterusnya dibentuk menjadi Apple Cinnamon Rolls dan Tuna Puffs.  Selain daripada itu mereka juga belajar teknik membuat tart shell seterusnya menghiasnya menjadi Bleuberry Cheese Tart dan Fruit Tartlets.  Jom tengok aksi mereka semua...!





 

  
Macam-macam corak yang dihasilkan


 
Tekunnya...

  
Sambil tunggu puff dibakar, jom kita melukis...


 
Seriusnya melukis..., sambil tu jemput la makan.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, November 16, 2009

  Apple Pie

Sesekali kita minum petang ala Inggeris apa salahnya kan!  Kebetulan ada banyak lebihan buah epal hijau, umi cadang nak buat Pai Epal.

Mula-mula kita siapkan dulu intinya.

Bahan:
6 biji epal hijau - kupas kulit dan potong kecil

3/4 c gula perang
2 sb mentega
2 sb tepung jagung
sedikit serbuk cinnamon

Cara membuatnya:
1.  Masukkan potongan epal dan gula perang ke kuali.
2.  Masak sehingga gula mencair, masukkan mentega, tepung jagung dan serbuk cinnamon.
3.  Setelah sebati, angkat dan sejukkan.



Bahan pastri:

2 1/4 c tepung gandum
1/2 st garam
1/4 c shortening
1/2 c mentega
sedikit air ais

Cara membuatnya:
1.  Gaulkan semua bahan dalam mangkuk dan masukkan air sedikit demi sedikit.
2.  Uli sehingga doh menjadi licin.
3.  Masukkan doh yang telah diuli ke dalam beg plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 20 minit.
4.  Uli doh di antara 2 kepingan plastik sehingga menjadi senipis 3mm.  Buat dua keping doh ini.
5.  Pindahkan sekeping doh nipis tadi ke acuan pai.  Trim tepinya supaya menutupi keseluruhan acuan.
6.  Cucukkan permukaan doh dengan garfu.
7.  Sendukkan inti epal tadi ke atas doh dan tutup dengan kepingan doh yang lagi satu.  Kemaskan tepinya.
8.  Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 30 - 40 minit.


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Hari Ibu

Sebenarnya peristiwa ini sudah lama berlalu, umi terlupa nak hantar posting kat sini.  Sambutan hari Ibu bukanlah agenda penting dalam keluarga kami, sekadar mengambil peluang ini untuk berkumpul bersama ahli keluarga dan merapatkan lagi ukhuwwah.  Walau bagaimanapun anak-anak tetap seronok bila ada 'event' makan-makan ni, malah mereka yang terlebih gembira.  Jom tengok aksi mereka...


 Hakim 'cup' buah ehh..!

 

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, November 10, 2009

  Tempahan Blueberry cheese tart

Kawan umi ada buat 'house warming', jadi dia minta umi siapkan 200 biji tart (blueberry cheese dan fruit tartlets) untuk para tetamu.  Banyak juga kena buat ni, jadi kakak Syaima tolong umi sediakan semua tempahan ini.  Terima kasih Pn. Rozi atas kepercayaan pada kami! 

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Sos Coney dog

Umi sediakan Coney dog untuk sarapan pagi ini.  Ammar terperanjat "hah, makan dog?' "Bukan makan dog la Ammar, bun ni dipanggil coney dog!". Sebenarnya umi pun tak tahu macamana asal-usul nama dia, elok kita tukar nama bun ini kepada : Sosej and minced beef bun!

Bahan-bahan
Bun secukupnya
Sosej secukupnya - rebus dahulu
Sos cili, sos tomato, mayonis dan mustard (jika suka)

Mula-mula kena sediakan bun.


Sementara tunggu bun siap dibakar, sediakan pula sosnya.

Bahan-bahan sos:
1 labu bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - diketuk
3 biji tomato - potong dadu
300g daging hancur
1/2 c sos tomato
1/2 c sos cili
sedikit serbuk lada hitam, garam
sedikit air

Cara membuatnya:
1.  Tumis bawang putih biar wangi.
2.  Masukkan bawang besar, biar agak garing.
3.  Masukkan tomato, daging hancur dan sedikit air.
4.  Biarkan sehingga daging empuk, tambah sos, garam dan serbuk lada hitam.
5.  Masak lagi hingga adunan agak kering dan diangkat.

Bila semua dah siap, bolehlah kita buatkan 'Sosej and Minced Beef Bun ini.
Ambil sebiji bun, belah ditengah (jangan putus), letakkan sosej.  Kemudian tambahkan bahan sosnya, tambahkan pula sos-sos kegemaran anda.  Kemudian...siap! Jom makan!


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Kelas Modul 2

Kelas Mini Pizza and Buns kali ini dihadiri oleh 5 orang peserta cilik.  Mereka berpeluang menguli dan membentuk doh menjadi pizza, sosej bun, red bean bun dan juga cheese plait.  Umi terlupa nak minta kakak Syaima' snap aksi peserta, sebab sibuk menunjuk ajar adik-adik ini.  Jadi tak banyak yang dapat dirakam dalam kelas kali ini.  Walaubagaimanapun, jom tengok hasil tangan adik-adik ini...

Pizza




Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Gegelang bawang

Makan bawang untuk awet muda, betul ke?  Umi tak pasti betul ke tidak tentang perihal makan bawang ni, yang pasti anak-anak gemar sangat makan gegelang bawang ini atau nama popularnya 'Onion Rings'.  Oleh kerana tak boleh beli makanan dari McD, umi cari resepi macamana nak hasilkan onion rings ini, alhamdulillah jumpa di MyR.  Cuma umi ubah sikit supaya lebih ranggup dengan menambahkan tepung jagung.

Bahan-bahan:
2 labu bawang besar (jenis kuning lebih sedap) - bersihkan dan potong membulat
4 sb tepung gandum
2 sb tepung jagung
sedikit garam, lada sulah, serbuk perasa
sedikit susu segar
minyak masak untuk menggoreng

Cara membuatnya:
1.  Panaskan minyak masak dalam kuali.
2.  Bancuh semua bahan dalam mangkuk.
3.  Sesuaikan sukatan susu segar supaya adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
4.  Celupkan potongan bawang tadi ke dalam adunan dan goreng sehingga garing.
5.  Angkat dan toskan ke tisu dapur.
6.  Boleh dicicah dengan sos kegemaran anda.


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, November 4, 2009

  Jamuan kelas


Kumpulan pelajar dari kelas ITC430/CSC510 ada buat jamuan sebagai mengakhiri kelas bagi semester ini.  Banyak juga makanan yang mereka bawa; ada bihun, puding karamel, cookies, keropok, kek dan macam-macam lagi.  Umi cuma sempat sediakan choc brownies dan blueberry cheese tart untuk jamuan ini.  Jom tengok gelagat mereka...




Ada lagi...

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, November 3, 2009

  Blueberry cheese tart

Dah lama umi tak buat blueberry cheese tart ini, kali ni buat untuk makan-makan di rumah.  Jom tengok bahan-bahannya!

Bahan-bahan doh:
125g butter
60g gula aising
1 biji telur
220g tepung gandum
15g tepung kastad
1 camt. esen vanilla

Isian Cream Cheese
300 gm cream cheese
80 gm gula aising
1 camt jus lemon
1 camt esen vanilla
50 gm whipped cream
25 gm tepung jagung (diayak)
2 biji telur gred A

Cara membuat isian cream cheese
1. Pukul cream cheese dan gula aising hingga berkrim.
2. Campurkan jus lemon dan esen vanilla.
3. Tambahkan telur dan pukul hingga sebati.
4. Masukkan whip cream dan dipukul lagi.
5. Akhir sekali masukkan tepung jagung & digaul sebati.

Cara membuatnya:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 170°C
2. Ayak tepung dan gula aising. Masukkan ke semua bahan pastri ke dalam mixer. Pukul sehingga adunan sebati menjadi doh.
3. Masukkan telur dan uli menjadi doh. Simpan doh dlm peti sejuk sebentar (30 minit).
4. Keluarkan doh dari peti sejuk, ratakan dalam acuan mangkuk tart. Kemaskan doh di sekeliling acuan dengan pisau. Cucuk dengan garfu bahagian dasar untuk elak pastri menggelembung ketika dibakar.
5. Masukkan ke dalam oven dan bakar separuh masak, keluarkan dari oven.
6. Isikan blueberry filling dan masukkan cream cheese.
7. Masukkan semula ke dalam oven dan bakar pada suhu 150°C selama 15 minit.
8. Keluarkan dari oven dan sejukkan.



Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Program Qurban dan Aqiqah

Tak lama lagi Aidiladha bakal menjelang.  Tahun 1430H kali ini abi dan rombongannya akan ke Kemboja bagi menyempurnakan program Qurban dan Aqiqah di sana.  Bagi memudahkan anda yang mungkin tercari-cari contact-person untuk dihubungi, disertakan di sini salinan pamplet yang mengandungi maklumat program tersebut.


Boleh hubungi mereka untuk urusan/pertanyaan:


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, October 26, 2009

  Puff rangup

Suka makan puff rangup?  Umi ada jumpa resepi flacky currypuff di blog cikmanggis.  Seronok sangat membuatnya sebab bahannya ringkas dan mudah.  Umi tak buat inti kari, jadi puff ini kena tukar nama jadi cinnamon flacky puff.  Jom tengok bahannya!

Bahan-bahan:
400g tepung gandum
1 st serbuk penaik
1 st cream of tartar
1 telur
70g mentega
150ml air
sedikit garam
210g marjerin pastri (boleh dibeli di kedai bakeri)

Cara membuatnya:
1. Gaulkan semua bahan kering (kecuali marjerin pastri) dan telur.
2. Masukkan air dan uli sebati.
3. Canaikan doh dalam bentuk segiempat tepat anggaran saiz kertas A4.
4. Letakkan marjerin pastri memenuhi 2/3 permukaan doh.
5. Lipat bahagian doh tanpa marjerin supaya menutupi 1/3 permukaan asal.
6. Lipat doh kepada tiga lipatan.



7. Canaikan doh kepada bentuk empat segi tepat semula dan ulangi proses lipatan untuk tiga kali lagi.
8. Boleh letakkan sebarang inti/filling yang sesuai.

Kali ini umi nak taburkan je gula perang, kismis dan sedikit serbuk kayu manis (cinnamon), jadilah cinnamon flacky puff...


Jelas kelihatan jalur-jalurnya kan!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Buah tangan dari Jordan

Sempena kunjungan lawatan sambil kerja ke Jordan, abi tak lupa bawakan kami sedikit ole-ole yang popular dari sana iaitu Baklavah.  Pernah makan baklavah nih?  Rasanya manis, lemak dan berkacang. 

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Roti peach


Ketika berkunjung ke Jordan baru-baru ini abi bawa balik banyak buah peach. Menurut abi, di Jordan sekarang ini musim buah. Kali ini tak ada buah peach jenis hijau, yang ada semuanya merah dan kuning. Umi berkira-kira nak buat apa ye dengan buah peach yang banyak nih? Apakata kita buat roti peach? Umi gunakan resepi milky bun, ambil dari ros onigiri di Jepun.


Bahan-bahanya:

250 gram tepung roti
90 ml whipping cream
90 ml susu segar
2 sudu besar gula
4 gram dry yeast
1 sudu besar susu tepung
1 sudu besar butter/marjerin
1 sudu kecil garam

2 biji buah peach –hancurkan isinya

Cara membuatnya:

1. Masukkan semua bahan  dan uli hingga lembut.
2. Apabila doh dah tak melekat pada tangan, tutup doh dan biarkan sehingga naik 2 kali ganda.
3. Kemudian tumbuk-tumbukkan doh.
4. Masukkan isi peach yang telah dighancurkan tadi.  Bahagikan doh kepada 2 bahagian dan biarkan sebentar anggaran 15 minit.
5.Masukkan doh tadi ke dalam sandwish loaf, biarkan selama satu jam supaya doh naik untuk kali kedua.
6. Akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah lebih kurang 30minit, bergantung pada acuan dan keperangan permukaan roti.
7.Keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai. Setelah sejuk barulah dipotong.

Tekstur roti ini sangat lembut dan gebu.  Syakirah makan habis sekeping!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com