Batik Swiss Roll

Anak-anak memang suka makan swiss roll sebab kek ini biasanya lembut, gebu dan ada 'filling'.  Umi akan letakkan 'filling' jem strawberry ataupun jem blueberry, jarang umi gunakan 'filling' buttercream.  Namun untuk membuatnya kena teliti dan sabar terutama waktu nak menggulung swiss roll ni mesti hati-hati kerana ia agak 'fragile'.
Resepi asal ambil dari resepi.net.  Untuk mudahkan rujukan semua, umi salin semula (minta izin ye!) di bawah :

Sumber :apek (FnR)
Kiriman : Mak Lang Azie


Bahan-bahan
  • 6 biji telur gred A @ B      
  • 4oz gula castor
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu bsr ovelet
  • 3oz tepung gandum
  • 1 sudu bsr susu tepung
  • 4oz mentega cair
  • Sedikit coklat emulco
  • Jem strawberri secukupnya

Cara Membuatnya

  1. Telur, gula, ovelet, baking powder, esen vanilla, tepung gandum dan susu tepung dipukul dengan kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit).
  2. Masukkan mentega cair, kemudian kacau rata.
  3. Asingkan sebahagian drpd adunan tadi (lebih kurang 1 1/4 cwn) ke dalam bekas lain, kemudian masukkan coklat emulco. Kacau rata kemudian masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag.
  4. Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya.
  5. Paipkan adunan coklat td di atas adunan yg diratakan dlm loyang.
  6. Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi dari atas ke bawah.
  7. Bakar dlm oven selama 20minit dgn suhu 170darjah celcius.
  8. Apabila kek sudah masak terbalikkan ke atas sekeping kertas kemudian sapukan jem sehingga rata.
  9. Setelah jem disapu rata, gulung kek tadi perlahan2 sehingga kemas. Siap.

lorek dulu untuk corakkan batik

 
dah siap dibakar


dah siap digulung!

Comments