Tuesday, November 10, 2009

  Gegelang bawang

Makan bawang untuk awet muda, betul ke?  Umi tak pasti betul ke tidak tentang perihal makan bawang ni, yang pasti anak-anak gemar sangat makan gegelang bawang ini atau nama popularnya 'Onion Rings'.  Oleh kerana tak boleh beli makanan dari McD, umi cari resepi macamana nak hasilkan onion rings ini, alhamdulillah jumpa di MyR.  Cuma umi ubah sikit supaya lebih ranggup dengan menambahkan tepung jagung.

Bahan-bahan:
2 labu bawang besar (jenis kuning lebih sedap) - bersihkan dan potong membulat
4 sb tepung gandum
2 sb tepung jagung
sedikit garam, lada sulah, serbuk perasa
sedikit susu segar
minyak masak untuk menggoreng

Cara membuatnya:
1.  Panaskan minyak masak dalam kuali.
2.  Bancuh semua bahan dalam mangkuk.
3.  Sesuaikan sukatan susu segar supaya adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
4.  Celupkan potongan bawang tadi ke dalam adunan dan goreng sehingga garing.
5.  Angkat dan toskan ke tisu dapur.
6.  Boleh dicicah dengan sos kegemaran anda.


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




1 comment

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com