Monday, October 27, 2014

  Nasi dagang

Antara menu pantai timur yang mendapat tempat di hati ahli rumah saya ialah nasi dagang. Kalau keluar sarapan di luar, kami akan memilih nasi lemak atau nasi dagang untuk sarapan berat. Kalau nak sarapan ringan, cukup dengan roti canai atau tosai sahaja.
Oleh sebab itu saya mesti belajar masak nasi dagang ni. Gigih saya belajar dengan mak di kampung. Alhamdulillah sekarang ni saya dah berani nak hidangkan nasi dagang untuk tetamu. Hahaa...
Memang agak renyah memasak nasi dagang ni. Tapi hasilnya sangat 'lumayan' kerana menu ini sesuai dihidangkan waktu sarapan, untuk lunch juga boleh dihidang untuk makan malam.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, October 23, 2014

  Bantahan kezaliman Israel

Seluruh dunia sedang mengutuk kezaliman dan kejahatan yang sangat tidak berperikemanusiaan regim Zionis laknatullah.
Selain bantuan kemanusiaan, kita juga boleh membantu saudara kita yang srdang ditindas dengan cara melakukan boikot produk Israel dan juga produk-produk yang menyokong Israel. Senarai produk-produk ini boleh dilihat di laman web inminds.com
Selain boikot, kita juga menyatakan bantahan dengan cara menyertai perarakan demonstrasi dan rapat umum yang dianjurkan oleh NGO-NGO seluruh Malaysia. Rapat umum sebegini bukan sahaja diadakan di Malaysia malah mendapat sambutan di seluruh dunia.
Kami ikut serta dalam perhimpunan aman membantah pembunuhan kanak-kanak di Gaza oleh tentera Israel.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, October 18, 2014

  Seronoknya beraya di kampung

Anak- anak sangat seronok dapat peluang beraya di kampung. Kemeriahan hari raya bukan sahaja ketika pagi raya malah persiapannya yang lebih dirasai.

Di kampung kami masak rendang itik dan ayam, ketupat daun palas, satay arnab (dah lama tak makan satay arnab), tapai pulut, kacau dodol dan masak laksa beras.

Aktiviti yang amat menyeronokkan ialah kejar dan tangkap ayam! Kemudian bersihkan bulu ayam. Yang ni anak-anak boleh bantu. Manakala aktiviti berikutnya yang melibatkan masak-masak akan diambilalih oleh kaum ibu. Ipar-ipar saya semua turun kali ni.  Meriah!
Akhir sekali tentulah aktiviti main bunga api yang ditunggu-tunggunoleh anak-anak.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, August 23, 2014

  Ijtima' Ramadhan IKRAM Selangor

Pada 19hb Julai lepas IKRAM Selangor telah mengadakan program tahunan sempena Ramadhan iaitu Ijtima' Ramadhan di Masjid Wilayah Kuala Lumpur.

Program ini menghimpunkan seluruh ahli IKRAM di seluruh Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Pelbagai pengisian dijalankan seperti ceramah, pameran Aqsa Syarif, jualan amal, tadarus, iktikaf, iftar jamaie dan solat terawih.

Kami bawa anak-anak semua ke program ini. Sehari suntuk di masjid ini. Ada juga aktiviti untuk  anak-anak seperti permainan, mewarna, origami dan sebagainya. Agak mencabar juga bila pergi program di masjid bawa anak-anak ni. Ada yang nak masuk tandas, ada yang lepas bebas berlari, ada yang suka turun naik tangga dan sebagainya. Pendekata tempoh sehari tu terasa sekejap sahaja.  Namun kegembiraan yang sangat memberi kesan bila dapat beri tumpuan mendengar ceramah, mengaji al-quran dan iktikaf di masjid. Peluang sebegini memang susah nak dapat di luar Ramadhan.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H

Agak terlambat nak post entry ni. Tapi Syawal belum berakhir kan?

Kami sekeluarga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin buat semua pembaca blog ini.

Sambutan hari raya kali ini agak sederhana sahaja mengenangkan penderitaan saudara seagama kita yang sedang menderita di bumi Syria, Palestin, Iraq dan beberapa negara bergolak yang lain.

Di saat kita masih mampu menikmati hidangan lazat dan pelbagai rasa, mereka sedang menahan sakit dan kelaparan. Mungkin kita tak mampu untuk bersama mereka menghadapi saat peperangan ini, hulurkanlah bantuan semampu dan sedaya mungkin. Mudahan bantuan kita dan kiriman doa akan dapat mengurangkan bebanan yang mereka tanggung.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Roti salut telur dan cheese

Sarapan dengan roti salut telur mungkin sudah agak 'common' bagi anak-anak saya. Kali ini saya nak buat sedikit kelainan dengan menambahkan sekeping keju di tengah roti sebelum dicelup dengan adunan telur.

Mudah sahaja cara membuatnya...hanya lapiskan keju di antara 2 keping roti dan ditekan supaya keju melekat pada roti. Kemudian celupkan kepingan roti tadi ke dalam bancuhan telur. Griskan kuali dengan sedikit mentega. Sebaiknya guna kuali tak melekat. Balik-balikkan roti biar agak garing. Sedap dihidang panas.
Nampak tak lelehan keju pada roti tu?
Keju ni sangat sedap, didatangkan khas dari Czech!

Jom sarapan!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Laksa beras

Bagi peminat laksa samada laksa utara atau laksa kelantan, tentunya menggemari laksa yang dibuat daripada tepung beras berbanding laksa yang dibuat dengan tepung jagung.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Cheesekut

Gabungan cheese dan biskut menghasilkan dessert yang sangat lazat.
Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah biskut lemak krim, susu pekat dan cream cheese. Cuma saya tambahkan whipping cream ke dalam adunan dan kurangkan susu pekat. Sukatannya? Sesedap rasa. Serius. Saya tak sukat langsung.

Cara membuatnya pun mudah. Hanya blend cream cheese bersama susu pekat dan whipping cream hingga adunan sebati dan sesuai dengan rasa lemak dan manis yang anda inginkan. Ambil biskut lemak krim dan celupkan sebentar dalam susu segar, sekadar basahkan biskut jangan celup hingga biskut lembik pula ye.

Susunkan biskut tadi ke dalam bekas yang sesuai. Kemudian lapiskan dengan adunan cheese. Boleh juga taburkan serbuk nestum untuk rasa crunchy.
Ulang lapiskan biskut yang dicelup susu, lapiskan cheese. Ulang sehingga 4 atau 5 lapis atau lebih lapisan bergantung pada selera anda. Biasanya saya buat 5 lapisan dan akhiri dengan taburan nestum.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, July 24, 2014

  Sorbet kuini

Pernah jumpa sorbet kuini? Tak ada jual di pasaran, species 'rare' ni haha....

Kebetulan buah kuini yang sangat banyak dan menjadi-jadi di kampung, setiap malam berdentum dentam luruh atas atap rumah nenek di kampung. Keesokan paginya kami kutip buah yang luruh tu.

Setakata makan sebiji dua tu boleh tahan lagi. Bila dah banyak macam ni pening juga kepala dengan bau semerbak yang menyucuk hidung. Buah kuini ni agak kuat juga baunya. Kadang Atuk buang begitu sahaja buah-buah yang tak habis dimakan ni. Nak bagi pada jiran-jiran pun, takde siapa yang mahu. Maklumlah di kampung ni hampir semua rumah ada pokok buah-buahan sendiri. Tak termakan! SubhanaAllah....rezeki Allah bagi melimpah ruah.

Cubaan pertama menghasilkan sorbet kuini memang mendapat sambutan luar biasa! Sangat sedap dan enak rasanya. Buah kuini ni saya blend kasar bersama sedikit gula pasir dan air. Kemudian bekukan di dalam bekas ais krim batang.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, July 23, 2014

  Buah salak

Ada orang tak pernah lihat buah salak. Dulu-duku saya tak pernah terfikir bahawa buah salak ada ditanam di Malaysia. Ingatkan buah salak ni hanya boleh dibeli dari Medan Indonesia.
Di kampung, mak saya tanam pokok salak ni. Sejak kecil saya memang nampak pokok ni ditanam di tepi pagar bahagian belakang rumah. Tapi tak perbah terfikir pokok ini akan berbuah. Agak lama jugalah baru nampak buahnya. Kalau tak silap saya dah lebih 10 tahun baru pokok salak ini berbuah.
Alhamdulillah buahnya besar dan manis!
Nampaknya tak perlu lagi ke Medan untuk menikmati buah salak. 

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, July 22, 2014

  Lagi menu bersahur yg ringkas

Waktu sahur memang sangat mencabar minda dan kesabaran ibu-ibu. Nak fikirkan menu bersahur, cabaran nak kejutkan anak supaya makan sahur.

Kat rumah ni menu sahur kebiasaannya menu sarapan pagi. Oleh kerana anak-anak saya menggemari masakan berkuah, menu yang biasa dihidangkan adalah mee berkuah, spageti, bubur lambuk dan sup cendawan. Sambil diselang selikan dengan mee goreng atau bihun. Kalau nasi goreng sambutan agak dingin.

Saya nak kongsikan menu sahur yang ringkas kegemaran anak-anak saya iaitu sup cendawan. Resepi boleh lihat di sini ye. Kadang ada roti garlic, kadang ada roti perancis, kadang roti gardenia sapu serbuk garlic. Yang penting sup mesti dimasak panas dan terus dihidangkan.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, July 21, 2014

  Bubur lambuk pantai timur

Sejak mengenali bubur lambuk pantai timur ni,anak-anak saya dah 'tak pandang' bubur lambuk lain. Malah bubur lambuk ni menjadi menu wajib ada terutama ketika bulan puasa begini. Kadang mereka sendiri tau waktu bila nak minta umi buatkan bubur istimewa ni...kena tunggu pucuk paku merah! Pucuk paku merah atau dikenali pucuk midin ini biasanya muncul ketika musim hujan yang diikuti dengan panas terik. Kebetulan di kawasan perumahan kami ada satu kawasan bukit yang ada tumbuh pucuk paku ni.
Anak-anak akan bersorak gembira bila saya kata nak buat bubur lambuk. Mereka akan bergotong royang siapkan bahan. Ok, jom tengok bahan-bahannya. Ini sukatan saya, mungkin berbeza dengan resepi orang lain ye.
Bahan:
1 cawan beras dimasak hingga beras kembang
3 ulas bawang merah atau 1 bawang besar
2 ulas bawang putih
2 ekor ikan pelaling atau ikan kembung
1 cawan santan
Seikat daun pucuk paku merah
6 daun kaduk
Secekak daun kesum
1 sudu besar lada hitam - tumbuk halus
1 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Ikan direbus dan diambil isinya. Kisar isi ikan.
2. Kisar bawang. Masukkan ke dalam beras yang sudah kembang tadi.
3. Daun kaduk dan kesum dihiris halus. Masukkan isi ikan, daun-daun. Biar nasi mendidih.
4. Masukkan santan, kerisik, lada hitam dan garam.
5. Siap!
Kami buat projek masak bubur lambuk seperiuk besar ini untuk diagihkan kepada kawan-kawan di pejabat yang belum pernah merasa makan bubur lambuk ni. Untuk seperiuk ini saya masak 6 cawan beras.
pek untuk kawan-kawan

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Sunday, July 20, 2014

  Muffin pisang bercoklat

Sesuai untuk minum petang. Selalunya resepi ini sebagai pebyelamat pisang yang sudah terlalu ranum dan tak habis dimakan.
Bahan-bahan:
1 3/4 cawan tepung 
2/3 cawan gula
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2sudu teh garam
1 biji telur
1/2 cawan minyak jagung
1/2 cawan yogurt asli
1 suduteh esen vanila
4 biji pisang dilecek
3/4 cawan choc chip




Cara membuatnya:
1. Campurkan sebati semua bahan kering.
2. Masukkan pula pisang, yogurt dan Minyak. Kacau secara kaup balik shaja jangan terlebih kacau.
3. Masukkan adunan ke dalam paper cup yang sesuai. Taburkan chop chip di atasnya.
4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. 

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, July 19, 2014

  Semangat Briged Al-Qassam

Video Hijjaz VIRAL di televisyen Gaza!
Alhamdulillah mendapat reaksi luar biasa dari media Arab serta Gaza apabila video klip terbaru Hijjaz dimuat turun serta ditayangkan berulang kali dikaca TV Gaza. Kenalan Hijjaz di Gaza khususnya terkedu apabila mendengar lagu Al-Qassam ini dinyanyikan dalam bahasa Melayu. Solidariti rakyat Malaysia untuk Gaza!
Watch "[Exclusive] Al-Qassam Nasyeed Video by Hijjaz" on YouTube - [Exclusive] Al-Qassam Nasyeed Video by Hijjaz: http://youtu.be/mGpm-HJlrUM
 
 Akibat menonton video ni brulangkali....imran paksa abi belikan baju askar ni. Dia nk jd askar plak... hr tu nk jadi bomba.  Aish...mana nk cari baju ni

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, July 18, 2014

  Luasnya rezeki kurniaan Allah

Untung duduk di kampung. Makan sayur yang ditanam sendiri tanpa racun serangga dan baja kimia. Ikan pun boleh ambil di kolam yang diternak. Ayam dan itik pun lebih sihat makan makanan semulajadi bukan disuntik hormon. Buah-buahan mewah sekeliling rumah tanpa mengira musim. Serai, lengkuas, halia, kunyit, daun-daun ulam dan herba penuh sekeliling rumah hanya petik sahaja.
SubhanaAllah. ..Maha Kaya Allah yang memberikan segala nikmat ini untuk kami nikmati. Benarlah...nikmat mana lagi yang hendak kita dustakan?
Mak dan ayah saya memang suka berbakti dengan tanah. Mereka suka bercucuk tanam segala jenis sayur kontan seperti cili, terung, bendi, kobis bunga, tomato, timun, lobak putih, kacang panjang, sawi dan pelbagai lagi. Bukan sahaja untuk makan sendiri, malah sayuran ini turut dijual kepada jiran dan kenalan.

uhh..cemburunya saya! 

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, July 15, 2014

  Sahur dengan aglio olio

Antara menu sahur kegemaran anak-anak saya Ramadhan 1435H kali ini ialah spageti aglio olio. Syukurlah resepi ni ringkas dan cepat disediakan.
Yang penting mesti ada minyak zaitun,  tomato ceri dan serbuk garlic, juga daun parsley sebagai penambah seri.

Kadang saya tambah udang. Jadilah seafood aglio olio.

Oh ya.... air Performance Drink tu wajib ada untuk bersahur.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Sunday, June 22, 2014

  Santai

Sambil saya membeli belah di Giant Seksyen 13 Shah Alam, anak-anak seronok bermain di kawasan permainan yang di sediakan di luar Giant.
Sudah semestinya dengan pengawasan orang dewasa ye.  Jangan sesekali biarkan anak-anak main sendiri walaupun di tempat awam.  Keadaan sekarang ni tak selamat macam dulu.  Di kawasan orang ramai tempat awam macam ni pun boleh berlaku penculikan.  Semestinya kita sebagai orang dewasa perlu ambil langkah berhati-hati dan awas dengan setiap pergerakan  anak-anak.

ada kawan baru nampaknya...

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, June 21, 2014

  Marble choc cheese cake yang sentiasa di hati

Selain Victoria sandwich cake, kami menggemari kek marble choc cheese ni. Sesuai untuk minum petang minum bersama secawan teh panas. Ummph!
Resepi saya mudah je. Kali ini saya nak buat kek ni jadi berlapis cheese, bukan bercorak marble. Lebih sesuai dipanggil layered chocolate cheese cake!

Resepi saya boleh juga lihat di sini
Adunan coklat:
230g mentega (resepi lama guna 250g) * saya sengaja kurangkan mentega, tapi hasil masih OK
3 sb serbuk koko
3 telur 
150g gula kastor 
200g tepung naik sendiri
Adunan cheese:
200g cream cheese
100g gula kastor
1 telur
Cara membuatnya:
1. Cairkan mentega
2. Sebatikan gula dan telur, masukkan ke adunan mentega
3. Ayakkan tepung dan serbuk koko, campurkan sebati ke dalam adunan mentega tadi.
4.Sebatikan adunan cheese dalam mangkuk lain pula dan biarkan seketika
5. Griskan loyang saiz 9inci dan lapikkan kertas minyak
6. Tuang separuh adunan coklat ke loyang tadi, tuangkan pula adunan cheese dan akhiri dengan baki adunan coklat. Boleh juga diselang selikan adunan coklat dan cheese ini mengikut kreativiti anda. Saya lebih suka jadikannya berlapis cheese di tengah. Juga boleh lorekkan adunan supaya menjadi corak marble.
7. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 celsius selama 45minit atau sehingga kek masak
lapisan coklat
lapiskan dengan lapisan cheese
tutup dengan lapisan coklat
hasilnya...gabungan cheese dan coklat memang serasi!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com