Saturday, June 21, 2014

  Marble choc cheese cake yang sentiasa di hati

Selain Victoria sandwich cake, kami menggemari kek marble choc cheese ni. Sesuai untuk minum petang minum bersama secawan teh panas. Ummph!
Resepi saya mudah je. Kali ini saya nak buat kek ni jadi berlapis cheese, bukan bercorak marble. Lebih sesuai dipanggil layered chocolate cheese cake!

Resepi saya boleh juga lihat di sini
Adunan coklat:
230g mentega (resepi lama guna 250g) * saya sengaja kurangkan mentega, tapi hasil masih OK
3 sb serbuk koko
3 telur 
150g gula kastor 
200g tepung naik sendiri
Adunan cheese:
200g cream cheese
100g gula kastor
1 telur
Cara membuatnya:
1. Cairkan mentega
2. Sebatikan gula dan telur, masukkan ke adunan mentega
3. Ayakkan tepung dan serbuk koko, campurkan sebati ke dalam adunan mentega tadi.
4.Sebatikan adunan cheese dalam mangkuk lain pula dan biarkan seketika
5. Griskan loyang saiz 9inci dan lapikkan kertas minyak
6. Tuang separuh adunan coklat ke loyang tadi, tuangkan pula adunan cheese dan akhiri dengan baki adunan coklat. Boleh juga diselang selikan adunan coklat dan cheese ini mengikut kreativiti anda. Saya lebih suka jadikannya berlapis cheese di tengah. Juga boleh lorekkan adunan supaya menjadi corak marble.
7. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 celsius selama 45minit atau sehingga kek masak
lapisan coklat
lapiskan dengan lapisan cheese
tutup dengan lapisan coklat
hasilnya...gabungan cheese dan coklat memang serasi!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




0 comment

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com