Pagi ini waktu mengadap lappy tiba-tiba rasa sungguh berdosa kerana hampir terlupakan janji nak beri resepi permintaan cik Orked (harap cik orked tidak membebel lagi hehe..).
Resepi ini umi dapat dari nek Long Kelana Jaya, sejak turun temurun katanya. Sejak 14 tahun yang lalu umi setia dengan resepi ini. Inilah juga resepi kek yang selalu ditempah oleh kawan-kawan umi, jadi bila dah bagi resepi ni bolehlah bikin sendiri tak payah susah-susah nak tempah ye!
Marble Choc Cheesecake
Bahan A
250g mentega
3 sb serbuk koko
Bahan B
170g gula kastor
2 biji telur
Bahan C
130g tepung naik sendiri
1 st serbuk penaik
Bahan D
250g cream cheese
120g gula kastor
1 biji telur
50ml susu segar -umi tambah
Cara membuatnya:
1. Cairkan bahan A di atas api perlahan. Ketepikan
2. Putar bahan B, masukkan dalam bahan A tadi.
3. Masukkan bahan C ke dalam adunan, kacau biar sebati.
4. Putar bahan D, ketepikan.
5. Gris loyang bulat 8" dan lapik kertas minyak.
6. Tuangkan separuh daripada adunan coklat ke dalam loyang, lapiskan adunan cheese pula dan akhiri dengan baki adunan coklat.
7. Lorekkan dengan lidi untuk menghasilkan corak marble.
8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 170C selama 40 minit.
Jangan lupa mencuba ye!

boleh buat banyak lapisan macam ni.. |
atau cuma corakkan marble di bahagian atas sahaja |
Jangan lupa mencuba ye!
Comments