Pada 19hb Julai lepas IKRAM Selangor telah mengadakan program tahunan sempena Ramadhan iaitu Ijtima' Ramadhan di Masjid Wilayah Kuala Lumpur.
Program ini menghimpunkan seluruh ahli IKRAM di seluruh Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pelbagai pengisian dijalankan seperti ceramah, pameran Aqsa Syarif, jualan amal, tadarus, iktikaf, iftar jamaie dan solat terawih.
Kami bawa anak-anak semua ke program ini. Sehari suntuk di masjid ini. Ada juga aktiviti untuk anak-anak seperti permainan, mewarna, origami dan sebagainya. Agak mencabar juga bila pergi program di masjid bawa anak-anak ni. Ada yang nak masuk tandas, ada yang lepas bebas berlari, ada yang suka turun naik tangga dan sebagainya. Pendekata tempoh sehari tu terasa sekejap sahaja. Namun kegembiraan yang sangat memberi kesan bila dapat beri tumpuan mendengar ceramah, mengaji al-quran dan iktikaf di masjid. Peluang sebegini memang susah nak dapat di luar Ramadhan.
Comments