Untung duduk di kampung. Makan sayur yang ditanam sendiri tanpa racun serangga dan baja kimia. Ikan pun boleh ambil di kolam yang diternak. Ayam dan itik pun lebih sihat makan makanan semulajadi bukan disuntik hormon. Buah-buahan mewah sekeliling rumah tanpa mengira musim. Serai, lengkuas, halia, kunyit, daun-daun ulam dan herba penuh sekeliling rumah hanya petik sahaja.
SubhanaAllah. ..Maha Kaya Allah yang memberikan segala nikmat ini untuk kami nikmati. Benarlah...nikmat mana lagi yang hendak kita dustakan?
Mak dan ayah saya memang suka berbakti dengan tanah. Mereka suka bercucuk tanam segala jenis sayur kontan seperti cili, terung, bendi, kobis bunga, tomato, timun, lobak putih, kacang panjang, sawi dan pelbagai lagi. Bukan sahaja untuk makan sendiri, malah sayuran ini turut dijual kepada jiran dan kenalan.
uhh..cemburunya saya!
Comments