Monday, July 21, 2014

  Bubur lambuk pantai timur

Sejak mengenali bubur lambuk pantai timur ni,anak-anak saya dah 'tak pandang' bubur lambuk lain. Malah bubur lambuk ni menjadi menu wajib ada terutama ketika bulan puasa begini. Kadang mereka sendiri tau waktu bila nak minta umi buatkan bubur istimewa ni...kena tunggu pucuk paku merah! Pucuk paku merah atau dikenali pucuk midin ini biasanya muncul ketika musim hujan yang diikuti dengan panas terik. Kebetulan di kawasan perumahan kami ada satu kawasan bukit yang ada tumbuh pucuk paku ni.
Anak-anak akan bersorak gembira bila saya kata nak buat bubur lambuk. Mereka akan bergotong royang siapkan bahan. Ok, jom tengok bahan-bahannya. Ini sukatan saya, mungkin berbeza dengan resepi orang lain ye.
Bahan:
1 cawan beras dimasak hingga beras kembang
3 ulas bawang merah atau 1 bawang besar
2 ulas bawang putih
2 ekor ikan pelaling atau ikan kembung
1 cawan santan
Seikat daun pucuk paku merah
6 daun kaduk
Secekak daun kesum
1 sudu besar lada hitam - tumbuk halus
1 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Ikan direbus dan diambil isinya. Kisar isi ikan.
2. Kisar bawang. Masukkan ke dalam beras yang sudah kembang tadi.
3. Daun kaduk dan kesum dihiris halus. Masukkan isi ikan, daun-daun. Biar nasi mendidih.
4. Masukkan santan, kerisik, lada hitam dan garam.
5. Siap!
Kami buat projek masak bubur lambuk seperiuk besar ini untuk diagihkan kepada kawan-kawan di pejabat yang belum pernah merasa makan bubur lambuk ni. Untuk seperiuk ini saya masak 6 cawan beras.
pek untuk kawan-kawan

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




0 comment

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com