Monday, October 26, 2009

  Roti peach


Ketika berkunjung ke Jordan baru-baru ini abi bawa balik banyak buah peach. Menurut abi, di Jordan sekarang ini musim buah. Kali ini tak ada buah peach jenis hijau, yang ada semuanya merah dan kuning. Umi berkira-kira nak buat apa ye dengan buah peach yang banyak nih? Apakata kita buat roti peach? Umi gunakan resepi milky bun, ambil dari ros onigiri di Jepun.


Bahan-bahanya:

250 gram tepung roti
90 ml whipping cream
90 ml susu segar
2 sudu besar gula
4 gram dry yeast
1 sudu besar susu tepung
1 sudu besar butter/marjerin
1 sudu kecil garam

2 biji buah peach –hancurkan isinya

Cara membuatnya:

1. Masukkan semua bahan  dan uli hingga lembut.
2. Apabila doh dah tak melekat pada tangan, tutup doh dan biarkan sehingga naik 2 kali ganda.
3. Kemudian tumbuk-tumbukkan doh.
4. Masukkan isi peach yang telah dighancurkan tadi.  Bahagikan doh kepada 2 bahagian dan biarkan sebentar anggaran 15 minit.
5.Masukkan doh tadi ke dalam sandwish loaf, biarkan selama satu jam supaya doh naik untuk kali kedua.
6. Akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah lebih kurang 30minit, bergantung pada acuan dan keperangan permukaan roti.
7.Keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai. Setelah sejuk barulah dipotong.

Tekstur roti ini sangat lembut dan gebu.  Syakirah makan habis sekeping!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




0 comment

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com