Ammar lahir pada 5hb disember 2003 dan Imran pula pada 6hb disember 2010. Senang nak buat sambutan bersama, jimat belanja!
Kami sekeluarga tak meraikan sambutan hari lahir secara khusus, sekadar buat jamuan ringan untuk anak-anak dan keluarga terdekat sahaja. Kebiasaannya kami raikan bersama datuk dan nenek di Petaling Jaya. Kali ini kami jemput juga Tok Chik sekeluarga dari Ampang dan bua sambutan di rumah sahaja.
Menu ringkas kegemaran anak-anak iaitu laksa utara (kurang pedas), spageti bolognaise, lasagna, puding karamel bersama kek marble choc cheese, blueberry cheese dan pavlova.
Masing-masing nak bantu siapkan menu hidangan. Syifa' tolong masakkan spageti, kakak Syaima buatkan pavlova, abang-abang tolong umi buat kek. Alhamdulillah seronok beraktiviti di dapur!
Selamat ulangtahun kelahiran buat Ammar dan Imran, moga diberkati umur, dimurahkan rezeki dan menjadi anak soleh.
Comments