Alhamdulillah saya sangat bersyukur dengan perubahan ketara kulit anak saya Imran. Ramai yang tahu bagaimana keadaan kulit Imran sejak baby, ekzema dan allergi. Pantang silap makan.... bengkak muka!
Kalau dulu waktu umur 8 bulan Imran langsung tak boleh makan makanan laut termasuk ikan bilis, hanya makan ikan tenggiri dan ikan merah (yang mahal sahaja huhu...), telur, coklat, susu lembu pantang nombor 1.
Dia satu-satunya baby yang bawa periuk ke taska! Makanan homemade setiap hari hingga masuk umur hampir 2 tahun. Fuhh...jenuh juga saya nak siapkan makanan setiap pagi untuk Imran. Kegemaran dia ialah sup makaroni, nasi marjerin dan
sup ikan.
Alhamdulillah sejak konsisten dengan
Omegaguard, Nutriferon dan chewable vitamin C ini, memang nampak perubahan ketara pada kulitnya. Lebih tepat lagi jika saya kata sejak amalkan Nutriferon. Waktu dia berusia 1 thn 6 bulan memang saya dah beri Omegaguard dan Chewable vitamin C, kadang kala naik juga 'jerawat batu' kat muka dan lengannya. Masuk usia 2 tahun saya beri dia Nutriferon, seminggu 1 kali je pun...dah licin kulit dia. Ekzema pun berkurang. Sekarang dia dah boleh makan ayam, telur, udang (masih berjaga-jaga) dan kekacang.
|
senyum! |
Cuma aiskrim, coklat dan susu lembu masih pantang. Naik merah juga mukanya kalau makan coklat. Cuma tak semerah dan bengkak muka seperti sebelum ini.
|
rapatkan kaki! |
|
rapatkan!! |
|
macam ni la baru betul! |
Comments