Saya buatkan bebola isi ikan menggunakan isi ikan tenggiri, kadang guna isi ikan jenahak. Cuma tekstur isi ikan jenahak agak lembut dan sukar dikepal berbanding isi tenggiri yang lebih kenyal.
Mudah sahaja cara membuatnya, cuma korek isi ikan (mentah) dan tambahkan 1 sudu teh tepung ubi atau tepung sagu, kadang saya juga guna tepung jagung. Tak perlu tambah garam atau serbuk perasa kerana anak kecil tak pandai menilai rasa manis atau masin, kita yang dewasa sahaja yang cerewet dengan rasa makanan. Gaul isi ikan tadi dan kepalkan atau bulatkan menjadi bebola.

Homemade fishball


.gif)




















0 comment
Post a Comment