Sebenarnya nak bagi nama resepi ni 'ayam percik anak menangis' sebab dugaan sungguh nak masak resepi ni dengan keadaan Muadz yang langsung tak mau berenggang walaupun jarak 2 inci daripada uminya. Gara-gara tinggalkan dia sebulan ketika saya mengerjakan haji tempohari.
Sambil pujuk Muadz, saya mencari resepi ayam percik yang sedap untuk dipadanlan dengan nasi tomato. Syukur alhamdulillah dengan kemudahan teknologi di hujung jari...resepi dapat dicapai sekelip mata!
Banyak resepi ayam percik yang pernah saya cuba, tapi masih tak berapa puas hati. Hari ini terjumpa resepi ini pula, apa salahnya kita mencuba kan?
Jumpa di halaman ini: http://www.maggi.com.my/bm/recipe/310/ayam-percik-panggang-pedas
Saya salinkan semula di sini sebagai rujukan. Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
500 g | paha ayam, tanpa kulit dan tulang |
2 biji | bawang besar |
3 ulas | bawang putih, dikisar |
1 sudu besar | halia, dikisar |
2 batang | serai |
1 sudu besar | serbuk ketumbar |
1 sudu besar | serbuk jintan manis |
2 sudu kecil | MAGGI® CukupRasa™ |
200 ml | santan |
400 ml | air |
9 | bawang merah, dikisar |
1 | Bawang putih, dikisar |
1 cm | halia, dikisar |
1 batang | serai, dikisar |
8 tangkai | cili kering, dikisar |
1 sudu besar | jus asam jawa |
1 sudu besar | MAGGI® CukupRasa™ |
1 sudu besar | gula Cara Memasak:
1. Untuk perapan, campurkan kisaran bawang merah, bawang putih, halia dan serai bersama serbuk ketumbar dan jintan manis serta 2 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™.
2. Kemudian curahkan kuah perapan pada ayam, biarkan ia disaluti sekata dan diperap lebih kurang 2 jam.
3. Selepas itu, dalam kuali bersaiz sederhana, masukkan santan, kisaran bawang merah, bawang putih, halia, serai dan kisaran cili kering bersama jus asam jawa, gula dan 1sudu besar MAGGI® CukupRasa™.
4. Biarkan ia mendidih dengan api kecil dan masak sehingga kuah tadi menjadi pekat dan pecah minyak.
5. Salutkan seluruh ayam dengan kuah yang telah dimasak dan alihkan ke dalam bekas pemanggang.
6. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 425 °F. Bakar ayam lebih kurang 45-60 minit. Tempoh memasak boleh ditambah hingga anda puas hati dengan teksturnya.
7. Rahsia agar ayam lebih rangup dan lazat ialah curahkan lebih banyak kuah sebelum dihidang.
8. Apabila haruman ayam percik sudah memenuhi rumah, hidangkannya untuk nikmatinya bersama keluarga.
|
Versi saya lebih mudah.
1. Kisar bawang, halia dan serai. kemudian dibahagi 2 bahagian.
2. Ambil 1bahangian (untuk perapan) ditambah rempah. Manakala bahagian 2 (kuah) ditambah dengan cili kisar. Saya tak letak bahan perisa Maggi Cukup rasa pun..
3. Perapkan ayam dengan bahan perap.
4. Sediakan kuah percik.
5. Celup ayam dalam kuah percik kemudian panggang ayam biar masak. sesekali curahkan kuah percik supaya ayam tidak terlalu kering.
Comments