Lasagna roti

Bosan juga nak masak nasi. Kadang takde idea nak masak apa untuk makan tengahari. Eh..ada nama baru untuk perkataan 'makan tengahari' ...iaitu merarau (syukur la bukan meracau)
Ok...dapat idea dah...nak habiskan roti kopitiam ni juga. Alhamdulillah daging kisar masih ada 2 keping, mozarella pun ada. Apalagi...jom kita buat lasagna roti!

Bahan inti:
2 keping daging kisar sejukbeku
2 ulas bawang besar -dadukan
3 ulas bawang putih -racik halus
1 botol sos spageti
1 tin kacang panggang

Bahan celup roti:
3 biji telur
2 c susu segar
- pukul telur dan roti biar sebati

Bahan lain:
Roti
1 c keju mozarella parut

Cara membuatnya:
1. Sediakan inti terlebih dahulu.
2. Tumis bawang biar wangi, masukkan daging. Kacau biar air kering. Masukkan sos spageti dan kacang panggang. Tak perlu masuk garam. Kalau nak pun boleh masukkan sedikit sahaja.
3. Ambil roti dan celupkan ke dalam bahan celupan.
4. Susun roti ke dalam acuan atau mangkuk kaca yang sesuai.
5. Selang selikan antara lapisan roti dan inti daging. Buat 2 atau 3 lapisan jika suka. Saya buat 2 lapis sahaja.
6. Lapisan atas ditabur mozarella.
7. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Bakar selama 20-25min.
8. Siap!


* saya tak buat sos putih seperti mana biasa dibuat dalam lasagna biasa kerana celupan telur tadi sudah memadai untuk melekatkan roti dengan inti.

susun 2 atau 3 lapis

tabur mozarella

bakar dalam oven

kenyang ni1

Comments