Wednesday, March 31, 2010

  Cameron Highland- Part 2

Bermacam aktiviti yang kami buat di sana, antaranya melawat ladang teh, ke pusat penyelidikan MARDI, memetik strawberry, ke kebun sayur, kebun bunga, tanaman pokok pudina dan macam-macam lagi.
Yang paling disukai anak-anak adalah pengalaman memetik buah strawberry yang sedang meranum macam ni...

Ranum...

Macam-macam bentuk ada..


Banyak dah ni..

Subhanaallah cantiknya...



Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, March 30, 2010

  Jalan-jalan Cameron Highland-part 1

Lewat cuti persekolahan lepas kami sekeluarga berpeluang ke Cameron Highland.  Ini kali ke-2 umi ke sana selepas lebih 20 tahun sejak kunjungan pertama, tapi kali pertama buat abi dan anak-anak!  Perjalanan hampir 4 jam ke sana dirasakan berbaloi bila dapat menikmati pemandangan indah di tanah tinggi.  Alhamdulillah tiada seorang pun yang mabuk, walaupun perjalanan mendaki bukit agak berliku-liku.  Mungkin kerana perjalanan melalui Simpang Pulai agak kurang berbelok-belok jika dibandingkan perjalanan melalui Tapah.

K
Nyaman di puncak bukit

Kami menginap di sebuah apartment 3 bilik dengan kadar sewa yang sangat berpatutan iaitu RM250 semalaman, dengan segala macam kemudahan seperti dapur, peti sejuk, periuk elektrik, perkakasan dapur yang serba lengkap dari periuk belanga hinggalah ke pinggan mangkuk, sudu dan sebagainya.  Kami cuma membawa bahan mentah seperti beras, minyak masak dan sedikit lauk untuk dimasak sepanjang penginapan kami di sana.  Umi sempat masak nasi goreng lada hitam, nasi lemak, sandwich, mee bandung dan sup sayur. 
Melawat ladang teh

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Sunday, March 14, 2010

  Aiskrim Strawberry

Cuaca panas begini memang nyaman jika dihidangkan ais krim.  Resepi ini umi dapat dari blog chef Norzailina.  Resepinya mudah saja, tanpa gelatin dan pengawet.  Jom semak resepi.....
Bahan-bahan:
150g krimer
100g gula halus
250ml krim putar
250ml susu segar
1st esen vanila

Cara membuatnya:
1.  Sebatikan semua bahan.
2.  Putar hingga gebu
3.  Simpan dalam freezer selama 5jam
4.  Keluarkan dari freezer.
5.  Tambahkan perisa yang di gemari.(umi guna perisa strawberi)
6.  Putar lagi dgn kelajuan tinggi sehingga gebu.
7.   Masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan simpan dalam freezer sehingga beku.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, March 12, 2010

  Versi lain Muffin Blueberry

Resepi ini umi jumpa di blog RinnChan. Khusus buat pn Shamsiah yang suka mencuba, resepi ini sangat memuaskan hasilnya.

Muffin Blueberry

Bahan-Bahan:

280g mentega
240 g gula kastor
4 biji telur gred B
2 st esen vanila
400g tepung serbaguna
4 st serbuk penaik
250ml susu segar
Blueberry filling secukupnya

Cara membuatnya:

1.      Ayak tepung dan serbuk penaik sebanyak 3x.  Ketepikan.
2.      Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
3.      Masukkan telur satu per satu, putar lagi dan masukkan esen vanila.
4.      Masukkan susu segar  Kacau biar sebati.
5.      Masukkan bahan yang diayak tadi  secara kaupbalik.
6.      Ratakan adunan ke dalam acuan muffin anggaran separuh penuh. Sudukan blueberry filing ke dalam adunan.
7.      Bakar selama 15-20 minit pada suhu 170 Celsius

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Mee kuning buatan sendiri

Sudah sekian lama umi simpan resepi mee kuning ini, ada sahaja halangan bila teringat nak buat mee kuning.  Oleh kerana sudah terdesak sebab susah nak dapatkan bekalan mee halal maka umi terpaksa 'merajin'kan diri buka balik resepi ini.  Ada banyak versi dalam koleksi umi ni, ini antara yag paling mudah dan cepat disediakan. Resepi ini umi jumpa di rumah Raidah.  Jom semak resepi..

Bahan:
500g tepung gandum
1 telur
1 st air kapur
sedikit serbuk kunyit (untuk warna kuning)
air secukupnya
garam secukupnya
sedikit minyak

Cara:
1. Sebatikan semua bahan dalam mangkuk adunan.
2. Uli sehingga menjadi doh. Bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil.
3. Menggunakan mesin pasta, gelekkan bebola ini menggunakan no 1.
4. Seterusnya untuk mendapatkan kepingan yang lebih nipis, ulang menggelek doh tadi menggunakan no. 4 (umi guna no. 5)
5. Kemudian taburkan sedikit tepung ke atas kepingan tadi sebelum dimasukkan ke bahagian juraian mee.
6.  Ulang proses di atas sehingga habis semua doh tadi.
7.  Sediakan periuk dan air untuk merebus mee.  Bila air mendidih, masukkan juraian mee tadi ke dalam periuk.  Rebus sekejap sahaja anggaran 2-3 minit.
8.  Tapis mee tadi dan bilas dengan air.  Toskan.
9.  Gaulkan sedikit minyak pada mee tadi supaya ia tak melekat.

Senang sahaja kan?  Jadi bolehlah masak mee bandung, mee kari, mee goreng dan seumpamanya.  Tak perlu risau akan kandungan asid borik atau bahan pengawet kerana mee yang kita buat sendiri ini bukan sahaja bersih malah menjimatkan, betul tak?

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, March 9, 2010

  Pancake gebu

Pancake (Chef Hajar)

3 sudu besar butter-dicairkan
1 biji telur
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder (umi tak letak pun)
1 sudu besar gula
1 cawan susu segar
1 sudu besar jus lemon - kalau tak letak pun takpe
secubit garam

1. Campurkan semua bahan ke dalam blender
2. Biarkan adunan selama 10 minit
3. Tuangkan sesenduk adunan ke dalam kuali non stick yang telah dipanaskan
4. Balikkan adunan bila nampak permukaannya berbuih
5. Biarkan seketika, bolehlah diangkat

Hm..gambar tak dapat di'upload' kerana ada masalah dengan kamera ni..

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, March 4, 2010

  Makaroni bakar

Khusus untuk cik Eni yang menyambut ulangtahun kelahiran ke 20 pada 3.3.10 baru ni, umi sertakan di sini resepi makaroni bakar (resepi asal dari majalah RASA) tapi salin dari myR aje ni...


Bahan-bahan:
300gm macaroni
250 gm daging cincang
4 biji telor (pukul kembang)
3 sudu rempah kari
2 labu bawang besar
1 tin susu cair
1 cawan air
sedikit keju parut
minyak utk menumis & garam

Cara-cara membuatnya:
1.rebus makaroni hingga empuk & toskan
2.kemudian panaskan minyak & tumis bawang besar bersama rempah kari sehingga naik bau.
3.Kemudian masukan daging & kacau rata hingga daging masak
4.Selepas itu masukkan susu garam dan gula. Kacau rata
5.Masukan makaroni air dan kacau hingga mendidih.
6.Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapu minyak.
7.Tuangkan telor dan taburkan keju. Bakar selama 180 C (45 minit}

Selamat mencuba!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Serabai

Umi selalu jengah blog mamafami, nampak mama buat serabai ni nampak sedap.  Jalan-jalan jengah CMG pun buat serabai juga, hm..menarik nampaknya.  Jom kita cuba buat serabai untuk sarapan!
Resepi ini umi translate dari blog mamafami.
Bahan
:
500 g tepung beras
300 g nasi (kisar dengan sedikit air)
1 litre santan suam
1 1/2 st yis kering
garam secukupnya

Method :

1. Sebatikan semua bahan.
2. Peram selama 2 jam supaya adunan ini mengembang.
3. Panaskan kuali.
4.Sendukkan adunan ke dalam kuali dan masak di atas api kecil.

Serabai ini kami makan bersama serawa durian, sedapnya... Tapi tak sempat nak ambil gambar, lupa...

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, March 2, 2010

  Muffin Blueberry

Antara snek kegemaran anak-anak adalah muffin.  Biasanya umi hanya buat adunan asas dan kemudian anak-anak akan masukkan perisa kegemaran mereka seperti blueberry, coklat dan strawberry.
Resepi asas bancuhan muffin ialah:
Bahan-bahan:
2 c tepung serbaguna
1/2 c gula kastor
3 st serbuk penaik
3/4 c susu segar
1/3 c minyak sayuran
1 telur
1st esen vanila

Cara membuatnya:
1. Panaskan oven 200C.
2. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk adunan.  Putar pada kelajuan perlahan selama 3 minit.
3. Masukkan adunan yang telah dibancuh ini ke dalam cawan muffin anggaran 2/3 penuh.
4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan tadi selama 20 minit.

Kali ini kakak Syaima' nak buat muffin blueberry, jom tengok hasilnya!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, March 1, 2010

  Tahniah PMR 2009

Sebenarnya umi terlupa nak letak entry ini.  Ketika keputusan PMR diumumkan, ramai kawan-kawan Syaima' yang berjaya memperolehi 8A dalam peperiksaan tersebut.  Antaranya abg. Afnan yang tanpa disangka dalam diam-diam telah berjaya dengan amat cemerlang.  Tahniah!  Untuk meraikan kejayaan tersebut, umi dan dibantu oleh kakak Syaima' telah berjaya menyiapkan kek span blueberry ini untuk dibawa ke rumah abg. Afnan.
Tak luma juga ucapan tahniah buat Puan Faridah sekeluarga di atas kejayaan Aminah memperolehi 8A dalam PMR baru-baru ini.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Kelas pastri

Modul kelas pastri kali ini ialah Blueberry cheese Tart dan Fruit Tartlet.  Kelas kali ini dihadiri oleh 3 orang peserta iaitu Puan Suzana, Puan Izan dan Puan Hani; semua dari Shah Alam.  Jom tengok aksi mereka!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com