Tuesday, March 30, 2010

  Jalan-jalan Cameron Highland-part 1

Lewat cuti persekolahan lepas kami sekeluarga berpeluang ke Cameron Highland.  Ini kali ke-2 umi ke sana selepas lebih 20 tahun sejak kunjungan pertama, tapi kali pertama buat abi dan anak-anak!  Perjalanan hampir 4 jam ke sana dirasakan berbaloi bila dapat menikmati pemandangan indah di tanah tinggi.  Alhamdulillah tiada seorang pun yang mabuk, walaupun perjalanan mendaki bukit agak berliku-liku.  Mungkin kerana perjalanan melalui Simpang Pulai agak kurang berbelok-belok jika dibandingkan perjalanan melalui Tapah.

K
Nyaman di puncak bukit

Kami menginap di sebuah apartment 3 bilik dengan kadar sewa yang sangat berpatutan iaitu RM250 semalaman, dengan segala macam kemudahan seperti dapur, peti sejuk, periuk elektrik, perkakasan dapur yang serba lengkap dari periuk belanga hinggalah ke pinggan mangkuk, sudu dan sebagainya.  Kami cuma membawa bahan mentah seperti beras, minyak masak dan sedikit lauk untuk dimasak sepanjang penginapan kami di sana.  Umi sempat masak nasi goreng lada hitam, nasi lemak, sandwich, mee bandung dan sup sayur. 
Melawat ladang teh

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




1 comment

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com