Thursday, March 4, 2010

  Makaroni bakar

Khusus untuk cik Eni yang menyambut ulangtahun kelahiran ke 20 pada 3.3.10 baru ni, umi sertakan di sini resepi makaroni bakar (resepi asal dari majalah RASA) tapi salin dari myR aje ni...


Bahan-bahan:
300gm macaroni
250 gm daging cincang
4 biji telor (pukul kembang)
3 sudu rempah kari
2 labu bawang besar
1 tin susu cair
1 cawan air
sedikit keju parut
minyak utk menumis & garam

Cara-cara membuatnya:
1.rebus makaroni hingga empuk & toskan
2.kemudian panaskan minyak & tumis bawang besar bersama rempah kari sehingga naik bau.
3.Kemudian masukan daging & kacau rata hingga daging masak
4.Selepas itu masukkan susu garam dan gula. Kacau rata
5.Masukan makaroni air dan kacau hingga mendidih.
6.Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapu minyak.
7.Tuangkan telor dan taburkan keju. Bakar selama 180 C (45 minit}

Selamat mencuba!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




2 comments

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com