Tuesday, March 2, 2010

  Muffin Blueberry

Antara snek kegemaran anak-anak adalah muffin.  Biasanya umi hanya buat adunan asas dan kemudian anak-anak akan masukkan perisa kegemaran mereka seperti blueberry, coklat dan strawberry.
Resepi asas bancuhan muffin ialah:
Bahan-bahan:
2 c tepung serbaguna
1/2 c gula kastor
3 st serbuk penaik
3/4 c susu segar
1/3 c minyak sayuran
1 telur
1st esen vanila

Cara membuatnya:
1. Panaskan oven 200C.
2. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk adunan.  Putar pada kelajuan perlahan selama 3 minit.
3. Masukkan adunan yang telah dibancuh ini ke dalam cawan muffin anggaran 2/3 penuh.
4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan tadi selama 20 minit.

Kali ini kakak Syaima' nak buat muffin blueberry, jom tengok hasilnya!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




0 comment

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com