Friday, March 12, 2010

  Versi lain Muffin Blueberry

Resepi ini umi jumpa di blog RinnChan. Khusus buat pn Shamsiah yang suka mencuba, resepi ini sangat memuaskan hasilnya.

Muffin Blueberry

Bahan-Bahan:

280g mentega
240 g gula kastor
4 biji telur gred B
2 st esen vanila
400g tepung serbaguna
4 st serbuk penaik
250ml susu segar
Blueberry filling secukupnya

Cara membuatnya:

1.      Ayak tepung dan serbuk penaik sebanyak 3x.  Ketepikan.
2.      Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
3.      Masukkan telur satu per satu, putar lagi dan masukkan esen vanila.
4.      Masukkan susu segar  Kacau biar sebati.
5.      Masukkan bahan yang diayak tadi  secara kaupbalik.
6.      Ratakan adunan ke dalam acuan muffin anggaran separuh penuh. Sudukan blueberry filing ke dalam adunan.
7.      Bakar selama 15-20 minit pada suhu 170 Celsius

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




0 comment

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com