Mee kuning buatan sendiri

Sudah sekian lama umi simpan resepi mee kuning ini, ada sahaja halangan bila teringat nak buat mee kuning.  Oleh kerana sudah terdesak sebab susah nak dapatkan bekalan mee halal maka umi terpaksa 'merajin'kan diri buka balik resepi ini.  Ada banyak versi dalam koleksi umi ni, ini antara yag paling mudah dan cepat disediakan. Resepi ini umi jumpa di rumah Raidah.  Jom semak resepi..

Bahan:
500g tepung gandum
1 telur
1 st air kapur
sedikit serbuk kunyit (untuk warna kuning)
air secukupnya
garam secukupnya
sedikit minyak

Cara:
1. Sebatikan semua bahan dalam mangkuk adunan.
2. Uli sehingga menjadi doh. Bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil.
3. Menggunakan mesin pasta, gelekkan bebola ini menggunakan no 1.
4. Seterusnya untuk mendapatkan kepingan yang lebih nipis, ulang menggelek doh tadi menggunakan no. 4 (umi guna no. 5)
5. Kemudian taburkan sedikit tepung ke atas kepingan tadi sebelum dimasukkan ke bahagian juraian mee.
6.  Ulang proses di atas sehingga habis semua doh tadi.
7.  Sediakan periuk dan air untuk merebus mee.  Bila air mendidih, masukkan juraian mee tadi ke dalam periuk.  Rebus sekejap sahaja anggaran 2-3 minit.
8.  Tapis mee tadi dan bilas dengan air.  Toskan.
9.  Gaulkan sedikit minyak pada mee tadi supaya ia tak melekat.

Senang sahaja kan?  Jadi bolehlah masak mee bandung, mee kari, mee goreng dan seumpamanya.  Tak perlu risau akan kandungan asid borik atau bahan pengawet kerana mee yang kita buat sendiri ini bukan sahaja bersih malah menjimatkan, betul tak?

Comments