Friday, August 28, 2009

  Rumah Salji di Bukit Cerakah


Pernah pergi Taman Pertanian Malaysia tak? Taman Pertanian Malaysia terletak di Shah Alam. Di situ ada rumah iklim 4 musim. Waktu kami ke sana, kami dapat melihat keindahan musim sejuk. Grrr..sejuknya... Walaupun bibir sudah biru menahan kesejukan, tapi kami ni 'maintain' je senyum.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Naik bot di Tasik Putrajaya

Pada musim cuti sekolah yang lepas,kami sekeluarga(dengan Cik Ida) pergi bersiar-siar di Putrajaya.Kami berhenti di Tasik Putrajaya.Waktu itu, abi bagi idea hendak menaiki bot. Pemandangan di tasik sungguh indah. Macam-macam yang kami nampak. jom tengok apa yang kami nampak!




Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, August 25, 2009

  Jom buat muffin!

Kali ini umi dan kakak Syaima' buat projek muffin. Sambil belek-belek buku koleksi resepi, terjumpa resepi ini (umi dah pernah post resepi ni kat myR). Dah lama tak buat, jom kita cuba..!

Bahan-bahan (boleh dapat dalam 12 biji kalau guna cawan muffin saiz besar)

  • 1 cawan susu segar
  • 1 st perahan lemon
  • 1 1/4 cawan tepung serbaguna
  • 2 sb tepung jagung
  • 3/4 st serbuk penaik
  • 1/4 st garam
  • 1/2 cawan marjerin
  • 3/4 cawan gula halus
  • 2 1/4 st esen vanila
  • 1/2 st baking soda

Cara-cara

  1. Panaskan oven 220 degree
  2. Satukan susu segar dan perahan lemon, biar seketika.
  3. Satukan marjerin dan gula. putar pada kelajuan sederhana selama 2 minit shj (jgn lebih).
  4. Ayak semua bahan kering( tepung, garam, baking pwder, soda, tpg jagung)
  5. Masukkan bahan kering dan susu ke dalam adunan marjerin tadi secara berselang seli hingga habis.
  6. Isikan adunan ke dalam cup muffin ( 2/3 penuh), dan bakar pada suhu 220 darjah Celsius selama 15- 20 minit (atau hingga muffin masak).

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Sup krim cendawan



Selalunya anak-anak makan bijirin (cereal) untuk sarapan. Kali ini umi buat sup krim cendawan pula, saja tukar selera (nak 'test' laku tak kalau buat sup ni..). Mudah sahaja membuatnya, penyediaannya pun ringkas saja. Resepi asal dari myR, umi ubahsuai sikit sesuai dengan selera anak-anak.

Bahan-bahan:
sekeping dada ayam
3 ulas bwg putih
1 labu bwg besar
3 cwn susu segar penuh krim
3 cwn air
3 sudu besar tepung jagung
5-6 ulas cendawan butang - diracik halus/kasar ikut suka
lada sulah, garam, serbuk lada hitam secukupnya
sedikit mixed herbs atau oregano

Cara membuatnya:
1. Tumis bawang putih biar wangi, masuk bawang besar, isi ayam.
2. Tambah sikit air supaya ayam tak hangit, masukkan serbuk oregano.
3. Masukkan bahan tumis tadi ke pengisar dan kisar halus.
4. Tuang balik bahan kisar ke periuk.
5. Masuk air, susu dan segala serbuk2 lada tadi + garam.
6. Biar didih kejap, tambah tepung jagung(bancuh dengan sedikit air)
7. Masukkan cendawan.
8. Siap. Hidang bersama roti garlic.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, August 21, 2009

  Cupcakes

Sempena menyambut Ramadhan yang bakal menjelang, ramai yang nak tempah cupcakes. Agaknya sebagai 'melepas rindu' sebab sebulan Ramadhan ni tak dapat makan cupcakes! takkan nak buka puasa dengan cupcake pulak kan? macam pelik je bunyinya...

Jom tengok design yang umi dan kakak buat, tak cukup kreatif; kena praktis lagi...

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, August 19, 2009

  Sambutan beramai-ramai


Meriah sungguh sambutan hari jadi kali ini, 3 orang serentak! Atuk pada 13 Mac, Hakim pada 29 Mac dan Fawwaz pula pada 25 Mac. Jadi untuk memudahkan (jimat la sikit kan..), umi buat kek Buttercheese dengan frosting krim putar (whipped cream) dan Strawberry ice cream cake. kek Buttercheese tu laku, tapi ice cream cake tu kurang sambutan sebab sejuk dan manis sangat!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, August 14, 2009

  Buah peach


Siapa yang tak pernah makan buah peach? Mungkin kebanyakan daripada kita pernah makan buah peach yang telah siap dipotong dan dijual dalam tin. Ada juga buah peach hijau, pernah tengok tak? Haa.. kalau tak tahu, ini lah dia buah peach!

Ada dua jenis kat sini; peach kuning (ni yang biasa kita jumpa) dan satu lagi jenis hijau. Rupa-rupanya jenis hijau ni lagi rangup dan wangi. Tak percaya? Cubalah ambil satu...

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, August 12, 2009

  Kek Ultraman


Ammar minta umi buatkan kek Ultraman untuk ulangtahunnya yang ke-5 Disember lepas. Umi asyik tertangguh-tangguh sebab masih belum yakin untuk melakarkan Ultraman di atas kek. Sehinggalah pada hari umi menghadiri kursus Kek Popular oleh Chef Noraini Zakaria, baru dapat idea ini. Mari kita lihat hasilnya;-)

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, August 11, 2009

  Bun spider


Anak-anak (lelaki terutamanya) bising minta buatkan bun spider. Hm..umi sebenarnya tak kreatif langsung nak lukis spider, apalagi nak jelmakan atas bun. Belek punya belek, terjumpa dlm buku BREAD MAGIC oleh Chef Alan Ooi. Apalagi.. jom kita bereksperimen..

Hasilnya dapat 8 ketul bun, cukup sorang satu (termasuk satu utk umi!).

Selepas dimekap sedikit, bun ni jadi macam ni;-)
Cepat-cepat, pilih yang mana dia punya..

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, August 10, 2009

  Kelas Ditunda!

Salam semua... moga semuanya sihat selalu dibawah naungan rahmatNya. Sebelum tu umi minta maaf sebab terpaksa tunda kelas yang sepatutnya dijadualkan pada 9 Ogos (Ahad) baru ni, gara-gara abi kena kuarantin kat rumah. jadi sebagai langkah keselamatan, terpaksa la batalkan semua program ;-)

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com