Tuesday, August 25, 2009

  Jom buat muffin!

Kali ini umi dan kakak Syaima' buat projek muffin. Sambil belek-belek buku koleksi resepi, terjumpa resepi ini (umi dah pernah post resepi ni kat myR). Dah lama tak buat, jom kita cuba..!

Bahan-bahan (boleh dapat dalam 12 biji kalau guna cawan muffin saiz besar)

  • 1 cawan susu segar
  • 1 st perahan lemon
  • 1 1/4 cawan tepung serbaguna
  • 2 sb tepung jagung
  • 3/4 st serbuk penaik
  • 1/4 st garam
  • 1/2 cawan marjerin
  • 3/4 cawan gula halus
  • 2 1/4 st esen vanila
  • 1/2 st baking soda

Cara-cara

  1. Panaskan oven 220 degree
  2. Satukan susu segar dan perahan lemon, biar seketika.
  3. Satukan marjerin dan gula. putar pada kelajuan sederhana selama 2 minit shj (jgn lebih).
  4. Ayak semua bahan kering( tepung, garam, baking pwder, soda, tpg jagung)
  5. Masukkan bahan kering dan susu ke dalam adunan marjerin tadi secara berselang seli hingga habis.
  6. Isikan adunan ke dalam cup muffin ( 2/3 penuh), dan bakar pada suhu 220 darjah Celsius selama 15- 20 minit (atau hingga muffin masak).

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




0 comment

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com