Sup krim cendawan



Selalunya anak-anak makan bijirin (cereal) untuk sarapan. Kali ini umi buat sup krim cendawan pula, saja tukar selera (nak 'test' laku tak kalau buat sup ni..). Mudah sahaja membuatnya, penyediaannya pun ringkas saja. Resepi asal dari myR, umi ubahsuai sikit sesuai dengan selera anak-anak.

Bahan-bahan:
sekeping dada ayam
3 ulas bwg putih
1 labu bwg besar
3 cwn susu segar penuh krim
3 cwn air
3 sudu besar tepung jagung
5-6 ulas cendawan butang - diracik halus/kasar ikut suka
lada sulah, garam, serbuk lada hitam secukupnya
sedikit mixed herbs atau oregano

Cara membuatnya:
1. Tumis bawang putih biar wangi, masuk bawang besar, isi ayam.
2. Tambah sikit air supaya ayam tak hangit, masukkan serbuk oregano.
3. Masukkan bahan tumis tadi ke pengisar dan kisar halus.
4. Tuang balik bahan kisar ke periuk.
5. Masuk air, susu dan segala serbuk2 lada tadi + garam.
6. Biar didih kejap, tambah tepung jagung(bancuh dengan sedikit air)
7. Masukkan cendawan.
8. Siap. Hidang bersama roti garlic.

Comments