Banyak nasihat yang diberikan oleh pakar perubatan dan juga pemakanan bagi mendapatkan berat badan ideal dan menjaga kesihatan. Lebih mudah menjaga kesihatan berbanding merawatnya.
Terdapat beberapa cara mudah yang boleh kita amalkan. Antaranya adalah dengan :
1. Kurangkan pengambilan gula putih. Sebaliknya gantikan dengan gula perang. Kerana gula perang masih ada vitamin b complex berbanding gula putih yang tiada apa-apa zat.
2. Amalkan cara hidup sihat dengan ambil lebih banyak sayuran dan buah-buahan. Pelbagaikan menu hidangan. Makan sekadar perlu bukan memenuhi nafsu dan selera. Makanan sedikit dan kerap lebih baik daripada makan banyak sekali harung.
3. Kurangkan pengambilan karbohidrat yang mengandungi gula tersembunyi. Antaranya kurangkan nasi putih, roti putih, mee. Sebaliknya gantikan dengan beras perang, roti gandum penuh (wholemeal). Bukanlah tak payah makan nasi langsung, cuma kurangkan kuantitinya. Ambil sekadar sebesar penumbuk atau segumpal sahaja jangan berlebihan.
4. Ambil supplement sebagai menampung keperluan nutrisi badan yang mungkin tidak dapat dibekalkan oleh makanan yang kita ambil. Maklum sahajalah dengan kesibukan bekerja dan gaya pemakanan serba segera dan pantas zaman ini, kita lebih cenderung makan sekadar memenuhi rasa lapar bukan memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan. Antara supplement yang perlu dan wajib adalah vitamin c, multivitamin dan omega 3. Menurut kajian omega 3 berupaya kurangkan keradangan dinding sel.
5. Jangan lupa senaman secukupnya, jangan berlebihan.
6. Minuman air kosong secukupnya sesuai dengan berat badan anda dan juga aktiviti harian anda. Sekurang-kurang 1 liter bagi setiap 25kg berat badan. Lebihkan 1 liter lagi jika anda menyusukan anak atau menjalani aktiviti yang banyak mengeluarkan peluh.
Cukup 6 tips ini sebagai permulaan. Ayuh kita amalkan tips mudah ini sebagai ikhtiar untuk mendapat kesihatan yang baik. Semestinya kita perlu berdoa dan mohon semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik.
Comments