Panduan memilih vitamin C

Vitamin C ni sifatnya larut air. Oleh itu agak mustahil untuk kita mengalami 'overdose' atau mencapai 'toxic level' walaupun kita mengambil vitamin C dalam dos yang sangat besar kerana ia akan terbuang melalui urin.  Julat yang selamat biasanya dari 500-4000mg sehari.  Dos berlebihan akan menyebabkan masalah perut, cirit birit. Sebaiknya kita mulakan dengan dos yang rendah dan tambah sedikit demi sedikit sehingga rasa sakit perut atau cirit. Lepas tu kurangkan semula dos tadi.  Keadaan ini yang disebut oleh nutritionist sebagai 'reaching bowel tolerance' iaitu tahap yang boleh diterima oleh badan.


Bagaimana memilih vitamin C
Jika anda rajin ke farmasi, pasti anda akan nampak ada pelbagai jenama vitamin C, ada yang dalam bentuk tablet, ada dalam kapsul, ada chewable, ada yang murah dan ada yang mahal.  Apa yang selalunya anda pertimbangkan setiap kali memilih vitamin? Ada yang pentingkan brand, ada yang pentingkan harga.  Nasihat saya, pilihlah vitamin yang semulajadi, harga berpatutan dan semestinya HALAL.

Malangnya kebanyakan vitamin C yang dijual di farmasi hari ini dibuat daripada jagung dan juga dibuat (sintesis) di makmal!

Keistimewaan Vitamin C Shaklee 
Keistimewaan vit C Shaklee ni antaranya ialah:
  • Teknologi sustained release iaitu vitamin C dilepaskan mengikut masa di mana 100mg dilepaskan selama 1 jam. Oleh itu badan kita mendapat bekalan  vitamin C secara berterusan sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan; bukannya sekaligus dalam satu masa.
  • Vitamin C ini dihasilkan bersama-sama bioflavonoids complex! Bioflavonoid ini adalah antioksidan yang sangat superb yang hanya boleh didapati dari buah-buahan asli. Jadi, bahan ini tak ade dalam vitamin C sintetik. Bahan ini mempunyai fungsi yang spesifik untuk meningkatkan kesihatan badan dari pelbagai sudut. Bahan ini menyokong pertumbuhan sel yang sangat baik, untuk kesihatan jantung, dan juga untuk alzheimer. 
Sudahkah anda mengambil Vitamin C hari ini?

Comments