Tips kenali vitamin E yang selamat

Ramai yang ambil set skincare amat berpuashati dengan hasilnya. Apa yang ada dalam set skincare?
Set ini mengandungi vitamin C, B Complex dan Vitamin E. Saya juga simpan vitamin E di rumah untuk kes-kes kecemasan seperti anak terjatuh, luka-luka kecil, simpan dalam peti First Aid. Vitamin E ini juga boleh dibuat masker, sapu kat muka sekali seminggu; jadi saya dah tak perlu ke spa lagi (hihi...jimat kos!).

Apa yang menarik tentang vitamin E ni? Owh..ada pelbagai kegunaan sebenarnya, tapi sebelum tu elok kita kenal dulu vitamin E yang mana selamat digunakan. Semestinya yang semulajadi bukan yang sintetik tau!

kredit
Tahukah anda terdapat 8 jenis vitamin E, dan hanya satu jenis alpha-tocopherol yang aktif dan mampu memenuhi keperluan manusia? Vitamn E jenis alpha-tocopherol adalah anti oksidan yang paling bagus.

Kekurangan vamin E alpha-tocopherol menyebabkan sel darah merah menjadi rapuh dan meningkatkan penghasilaan radikal bebas dalam tubuh. Lalu menjadikan tubuh kita mudah rosak disebabkan oksidasi.

Proses 'pernafasan' sel menghasilkan atom2 oksigen tak stabil dipanggil radikal bebas, tapi mekanisma dalam tubuh kita dapat menanganinya. Cuma bila banyak radikal bebas disebabkan faktor luar seperti pencemaran, penggunaan bahan kimia dan lain2. mekanisma antioksidan dalam tubuh kita dah tak mampu nak atasi semuanya.

Oleh itu tubuh kita perlukan antioksidan, seperti vitamin E dan vitamin C.

Selain dari bertindak memberikan ion negatif kepada atom oksigen yang tak stabil tadi, vitamin E juga memainkan peranan dalam:

  • Fungsi imun tubuh
  • Proses pembentukan gen
  • Metabolisma
  • Membantu menjaga permukaan dalam salut darah agar sentiasa licin - mengelakkan pembentukan plak kolesterol
  • Membantu menguatkan 2 enzim penting yang menjana sejenis bahan dipanggil prostacyclin, iaitu sejenis komponen yang menghalang blood clot dan memastikan salur darah sentiasa dalam keadaan baik
Antara sumber vitamin E yang baik:
  • Avokado
  • Biji bunga matahari
  • Kacang soya
  • Minyak dan buah zaitun
  • badam
  • labu
Tips memilih suplement vitamin E:
  •  Pastikan ia vitamin E semulajadi, pastikan tiada hurul l- atau dl- pada labelnya, Misalnya, d-alpha tocopherol adalah vitamin E semulajadi manakala dl-alpha tocopherol adalah vitamin E sintetik.
  • Kajian terbaru menunjukkan tubuh kita memerlukan 400IU vitamin E sehari.
  • Pilihlah yang mengandungi Selenium.
 Bukan itu saja, banyak sebenarnya kelebihan vitamin E ni. Kalau nak tahu ia juga dikenali sebagai vitamin CINTA. Nak tahu macamana kegunaannya? Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Comments

ida =) said…
As salam, nk tanya. Vit E ni, kalau apply kat muka mcm mask boleh ke?
Nor said…
Mama Adam. boleh...saya selalu buat mask apply kat muka, jimat tak payah ke spa!