Sunday, January 22, 2012

  Kuih koci labu

Gara-gara nak habiskan labu yang dibawa dari kampung tempohari, kali ini nak cuba buat kuih koci labu pula. Menggunakan resepi kuih koci pulut hitam, sedikit olahan dengan menggantikan tepung pulut hitam dengan puri labu.


Kuih Koci Labu
oleh : Umi dapuraulad


inti kelapa homemade
wangi bau labu

Bahan-bahan:
250g tepung pulut
1/2 c puri labu (rebus dan lecek labu)
1 c air
secubit garam
sedikit minyak masak untuk alas koci
inti kelapa secukupnya
daun pisang secukupnya

Cara membuatnya:
1. Panaskan periuk pengukus
2. Gaul sebati tepung pulut, puri labu, garam dan air. masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga sebati.
3. Ambil sedikit doh, masukkan inti kelapa dan bulatkan doh tadi.
4. Sapu sedikit minyak pada permukaan daun pisang, letakkan kuih koci tadi dan bungkus daun pisang.
5. Susun di dalam loyang pengukus. Kukus selama 15 minit.

siap bungkus, belum dikukus

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




0 comment

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com