Kuih koci pulut hitam

Antara kuih kegemaran abi ialah kuih koci (tradisional sungguh abi ni..), kebetulan umi dah siapkan inti kelapa awal-awal lagi waktu balik kampung tempohari.  Daun pisang pun dah import dari kampung, jadi bolehlah buat projek kuih-muih dengan anak-anak sempena cuti sekolah ni.

Resepi ini umi salin dari dapur Cik mat Gebu, resepi asal di sini.  Jom tengok macamana nak buat kuih koci ni. 

BAHAN DOH :-)
250 g tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam
1 cawan air
1/2 cawan santan
Secubit garam

BAHAN INTI :-)
1 biji kelapa inti (yang sedikit muda dan berkulit cerah)
1 ketul gula melaka, dipotong kecil
1 cawan gula pasir
2 helai duan pandan
1 1/2 cawan air

BAHAN LAIN :-)
Daun pisang secukupnya, dilayur dan potong ikut saiz sesuai
Minyak masak untuk disapu atas daun pisang

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Masak gula melaka, gula pasir, 1 daun padan dan air hingga gula larut. Angkat dan tapis gula tadi. Masukkan ke dalam kuali dan hidupkan api. Masukkan kelapa parut tadi dan baki daun pandan. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga inti sedikit kering tetapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.
  2. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 doh kecuali air, gaul rata dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil terus menggaul hingga adunan menajadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan, tambah sedikit lagi air jika perlu. Ketepikan untuk 10 - 15 minit.
  3. UNTUK KUIH KOCI :- Ambil sekeping daun pisang tadi, sapu dengan minyak masak pada permukaannya. Letakkan secukupnya doh dan ratakan. Ambil 1 - 1 1/2 camca teh inti dan letak di tengah2 doh, cantumkan doh dan kemaskan, bungkus kemas dan letak dalam pengkukus. Buat hingga siap. Kukus 15 - 20 minit atas air mendidih. Boleh dihidangkan segera ada dingin sedikit....
  4. Umi celup doh berisi inti ini dalam adunan santan pekat sebelum dibalut daun pisang. Rasa lemak masin bila celup santan ni. 
Lupa nak ambil gambar, kuih koci ni dah dihabiskan dalam masa kurang 1 jam!

    Comments