Monday, December 31, 2012

  Masalah - bijakkah kita menanganinya?

Setiap daripada kita tanpa mengira usia, latar belakang pendidikan atau status ekonomi pasti tak sunyi dari masalah.  Selagi kita bergelar manusia yang hidup di dunia ini, sentiasa diuji dengan pelbagai masalah dan ujian. Ujian hidup terdiri daripada limpahan nikmat, ditimpa masalah dan sebagainya.  Suka atau tidak, redha atau tidak; kita akan tetap berdepan dengan masalah.

Ada pelbagai jenis masalah dalam hidup kita, masalah peribadi, masalah kewangan, masalah rumahtangga, masalah anak-anak, masalah belajar, masalah...masalah macam-macam lagi lah!
Ada orang yang berfikiran singkat cuba ambil jalan singkat untuk selesaikan masalah dengan cara lari atau tinggalkan masalah, lebih mengharukan lagi ada yang sanggup bunuh diri sebab tak sanggup hadapi masalah yang ditanggungnya.

Sebagai manusia beriman kita wajib percaya bahawa setiap masalah yang diuji Allah kepada kita pasti ada penyelesaiannya.  Samada cepat atau lambat, masalah kita tetap akan dapat diselesaikan. Ia bergantung kepada kebijaksanaan, kematangan, usaha kita untuk mencari penyelesaiannya.


Ok, kita ambil contoh yang paling hampir dengan diri kita, sebagai ibu contohnya.  Kita sentiasa berdepan dengan masalah pengurusan masa, nak urus anak-anak di samping nak fikir tentang karier (jika anda ibu yang bekerjaya). Daripada pemerhatian saya, kebanyakan ibu berdepan dengan masalah pengurusan masa. Balik rumah nak terkam masuk dapur siapkan makan, nak tengok anak mengaji/belajar, sambil mata duk jeling pada timbunan kain baju yang semakin menggunung...
Apa tindakan anda? Jom kita brainstorm sikit... Saya fokuskan kepada masalah dan alternatif penyelesaiaan:

1. Siapkan makan untuk keluarga.
Antara alternatif yang ada- beli makanan di kedai, beli lauk sahaja dan masak nasi di rumah, masak lauk simple aje asal mengenyangkan, minta suami tolong masak, ada cadangan lain?
Untuk setiap alternatif yang anda pilih perlu fikirkan risiko atau kesannya kepada anda dan keluarga. Kita tak mahu 'gali lubang untuk tutup lubang'. Contohnya jika anda ada masalah kewangan, anak allergi makan dan seumpamanya; sudah tentu tak sesuai pilih untuk makan di luar. Saya selalu berdepan dengan masalah sebegini kerana anak saya allergi dengan telur, seafood, pewarna. Saya pilih untuk masak sendiri di rumah. Ada yang tanya; 'banyaknya masa nak masak untuk keluarga?' Aha...ada la strategi saya, tak semua lauk saya masak at one time. Ada yang saya siapkan terlebih dahulu dan simpan beku seperti ayam masak merah, rendang daging. Jadi saya hanya ambil masa untuk masak nasi (pun saya guna periuk masak atas stove bukan guna periuk elektrik) dan masak sayur.

2. Lipat kain baju
Keluarga besar macam saya memang sentiasa menggunung kain baju, kadang penuh 2 bakul ni untuk sehari cuci baju 3 loading.  Tak daya saya nak lipat sorang diri.
Apa alternatif yang ada? -upah maid lipat baju (ada ke servis ni?), paksa anak-anak lipat baju sendiri, biarkan aje baju-baju berlonggok dalam bakul - bila nak pakai pandailah cari sendiri, beli bakul banyak-banyak ikut bilangan ahli keluarga - sorang satu bakul.
Apa pilihan anda? Saya pilih untuk ajak anak-anak lipat baju sama-sama, kadang buat pertandingan siapa paling cepat siap, siapa lipat paling kemas. Siap lipat kain baju saya akan bagi reward untuk mereka. Saya suka, anak-anak lagi suka!

Wahh panjang dah entry ni, sambung next time la ye untuk brainstorm yang lain pula insyaAllah.
Sebagai penutup entry kali ni (penutup 2012 juga) saya suka nak ingatkan diri saya sendiri dan rakan-rakan pembaca yang sudi membaca; kita memang tak dapat lari dari masalah. Jadi hadapilah ia dengan tenang, bijak dan berstrategi.  Teringat satu kata-kata bijak pandai:
Difficulties in your life do not come to destroy you, but to help you realise your hidden potential and power
Jumpa lagi di tahun 2013!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




2 comments

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com