Saturday, November 24, 2012

  Asyura Kedah

Walaupun saya orang Kelantan (lahir dan dibesrkan di Kelantan) tetapi saya lebih sukakan asyura Kedah berbanding asyura Kelantan. Asyura Kedah ni memang jauh beza dibandingkan dengan asyura negeri lain dari segi bahan, rasa dan teksturnya. Asyura Kedah ni saling tak tumpah macam pengat, kanak-kanak pun sukakannya.

Saya biasanya tunggu tarikh 10 Muharram semata-mata nak menikmati asyura ini. Boleh juga nak makan asyura ni bila-bila masa, cuma saja nak ambil sempena Muharram barulah dipanggil asyura, kan?
Asyura tu kan diambil dari perkataan 'asyara'yang bermaksud sepuluh dalam bahasa arab.

Ok tak mahu buang masa, jom kita kacau asyura!

Resepi ni saya ikut sesedap rasa dan sesuka hati je. Inspirasi dari kak ilahjy. Resepi dari nenek kata kak ilah, terima kasih sudi kongsi resepi. Saya terus buat dua adunan sebab yakin resepi ni menjadi. Kali ni terlebih rajin pula nak sukat menyukat ( sebagai rujukan untuk anak cucu akan datang hihi...).
Boleh disesuaikan bahan mengikut citarasa anda ye, tak perlu rigid sangat dengan resepi saya ni.

Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
5 cawan santan
8 sudu besar gula pasir
1/2 ketul gula melaka
1 batang keledek anggaran saiz lengan
1 tin jagung 200g ( siap dalam tin)
Sedikit garam

Cara membuatnya:
1. Dadukan keledek yang telah dibersihkan, rebus biar separuh empuk
2. Dalam kuali besar, satukan tepung beras, santan dan gula serta garam.
3. Masakkan adunan tepung tadi di atas api sederhana kecil sambil dikacau selalu. Masak sehingga adunan mendidih.
4. Masukkan keledek dan isi jagung tadi. Kacau lagi biar keledek empuk sepenuhnya.
5. Masak sehingga adunan menjadi pekat. Jika terlebih pekat, tambah sedikit air dan kacau lagi.
6. Padamkan api. Tuang adunan ke dalam bekas yang sesuai.
7. Siap!

Tak sempat tunggu sejuk, anak-anak saya dah tadah pinggan nak makan asyura ni!
Lebih sedap lagi kalau dibiarkan sejuk dalam fridge terlebih dahulu baru dimakan.
Boleh juga ditambah kacang kuda,  kacang hijau yang telah direbus, pisang, keladi dan macam-macam lagi mengikut citarasa masing-masing. Saya kurang gemar letak pisang dalam asyura ni. Kebanyakan asyura sebegini memang selalu ditambah pisang. Ada juga yang letak biji sagu juga.  Apapun terpulang kepada tekak masing-masing.

Selamat menyambut 10Muharram esok, jangan lupa puasa sunat tau!

P/s..saya dapat 2 bekas ni utk adunan di atas.


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




1 comment

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com