Kebetulan hari ulang tahun kelahiran saya kali ni jatuh dalam bulan Ramadhan, jadi kurang la sikit keinginan nak makan-makan kek. Tapi saya buat juga kek Carrot ni sambil meraikan adik yang baru balik bercuti dari Czech.
Saya menggunakan resepi yang sangat popular ini, sudah ramai mencuba dan berpuas hati dengan resepi ni. Untuk anda yang teringin nak makan kek carrot, boleh cuba resepi ni. Kalau rasa tak berapa rajin nak buat sendiri, boleh telefon saya untuk tempahan hihi...
p/s : bahagian bertulis merah tu yang saya edit
CARROT WALNUT CAKE
Sumber: Sifu Suria
Salin dari :http://damira.fotopages.com
Bahan-bahannya:
4 biji telur ~ asingkan putih & kuningnya
1 1/2 cawan ~ minyak sayur atau minyak jagung
150 g~ gula kaster (saya kurangkan jadi 130gm)
150 g~ gula perang (brown sugar)
1 1/2 cawan ~ lobak merah diparut ( jangan diperah airnya)
Bahan-bahan yang perlu di ayak:
250 g tepung gandum
1 teaspoon suduteh serbuk kayu manis ( saya tak letakpun sebab tak suka rasanya)
1 1/2 suduteh baking soda (saya guna 1 sudu teh baking soda aje)
1 suduteh garam
*1 sudu teh baking powder (* resepi asal tak letak pun, saya saja tambah)
- saya ganti dengan tepung naik sendiri, jadi tak perlu letak baking powder dan soda.
100 g walnut ~ di cincang (saya bakar dahulu dalam oven sebelum dicincang- memang
sedap letak walnut ni!)
- saya ganti dengan kacang badam
Cara-caranya:
1. Pukulkan kuning telur (saya guna mixer, pukul sampai kembang sikit).
2. Kemudian masukkan minyak, gula kaster & gula perang, serta lobak merah
yang diparut tadi.(Sekiranya lobak merah yang diparut itu mengeluarkan terlalu
banyak air, buangkan airnya tanpa memerah isi lobak merah tersebut)
3. Masukkan walnut, kacau sebati.
4. Kemudian masukkan bahan-bahan yang di ayak tadi, kacau sebati.
5. Pukul putih telur di mangkuk lain dengan mixer hingga keras.
6. Masukkan putih telur ini sedikit demi sedikit ke dalam adunan, kacau perlahan-lahan,
satu arah sahaja, sila gunakan spatula atau senduk kayu, tak sebati sangat pun
tak apa asalkan tidak terlebih kacau.
7. Bakar pada suhu 180 celcius selama 45 minit atau sehingga masak.
Frosting
120 g butter
250 g cream cheese
120 g gula aising
Caranya :
Pukul kesemua bahan hingga kembang dan ringan. Sapukan ke atas kek yang telah disejukkan dan hiasi dengan walnut. - saya hias dengan buttercream buat corak carrot (ada orang kata ni cili ke carrot? haha..)

Comments