Kembali ceria!

Kasihan anak kecil saya Imran, gara-gara termakan telur tempohari agak teruk allergi di seluruh badan terutama mukanya naik bintik-bintik merah. Yang tak tahan bila tengok dia menggaru-garu, ya Allah sampai calar balar kulitnya.  Sudah banyak kali bawa jumpa doktor, dah jumpa doktor pakar kanak-kanak, juga doktor kulit semua beri respon yang sama; dia allergi dan ekzema. Mesti jaga kebersihan kuku, persekitaran, elakkan ambil makanan yang boleh cetuskan alergi, gunakan losyen, sabun khas untuk kulitnya dan seumpamanya.

Hinggakan saya serik nak bawa Imran jumpa doktor lagi, tiap kali doktor beri antibiotik saya rasa cuak sebab Imran akan alami cirit birit dan hilang selera makan. Pernah satu ketika dia diberi antibiotik sebanyak 3 kali dalam masa sebulan, ohh..saya rasa amat bersalah beri anak kecil ini makan antibiotik. Risau sebenarnya bila dapat tahu antibiotik ni tak sesuai diberi lebih dari 2 kali dalam masa sebulan, tambah pula ia mungkin mengakibatkan cirit birit pada anak.

Akhirnya saya bawa Imran jumpa doktor homoepati pula. Amat terkejut bila doktor minta saya pantang dari makan ayam, telur, makanan laut, ikan bilis, coklat dan pelbagai lagi makanan yang boleh cetuskan allergi. Bukan anak sahaja yang diminta pantang, malah maknya yang kena pantang! Wahh.. pertama kali jumpa doktor cakap begitu, biasanya doktor lain lebih fokus kepada kebersihan anak, kali ni saya yang lebih banyak kena jaga makan huhu... Nampaknya saya kena mulakan balik rutin sediakan makanan masak dari rumah untuk Imran bawa ke taska.  Baru saya teringat balik, rupanya Imran mula tunjukkan tanda-tanda allergi yang teruk sejak saya berhenti bekalkan dia makanan dari rumah!

tengok sini sayang..!

sukanya dia!
 Syukurlah dia sudah kembali ceria, sudah selera nak makan.
nampak bintik di muka

Comments

ida =) said…
As salam.

Umi kena kenal pasti jenis antibiotik tu. mcm adam, ada sejenis antibiotik yg dia xleh makan. So, tiap kali sakit, saya akan bgtau doc. Kalau x, mmg cirit birit.

Pastu, adam dlm gambar mmg nampak putih gebu... Sebenarnya turut alami masalah kulit. X boleh panas. Cuba kenalpasti. Mcm adam, asal ada aircond, dia ok. Kalau panas, mmg la berbintik2
Nor said…
Mama Adam: terima kasih atas peringatan, insyaAllah saya take note perkara ni. Mmg betul Imran ada alah pd sejenis antibiotik tu. Skrg ni sedang control pemakanan anak dan ibu huhu...nampak dah semakin pulih kulit dia.samalah anak kita, tak boleh panas sikit, agaknya kena pindah duduk negara sejuk kut hihi..