Kenapa saya suka Shaklee!

Ramai juga yang bertanya kenapa saya buat bisnes online ini. Maklum sajalah, saya ni bekerja sepenuh masa, ibu 8 orang anak, takde maid.  Jujurnya saya sangat sukakan biz ini, serius! Kenapa?

1. Tak pernah upline atau sesiapa push saya supaya cari downline
2. Saya sendiri tak pernah approach sesiapa jadi downline saya
3. Semua downline saya adalah regular customer saya, agaknya lama kelamaan mereka sendiri tak tahan tengok saya asyik kumpul point aje, terus mereka minta borang nak jadi ahli juga hihi..
4. Saya bukan berniaga semata-mata, dalam erti kata mudah saya lebih banyak share sebenarnya. Malah saya jual dengan harga ahli kepada semua customer saya. Tanpa untung runcit langsung. Tapi saya rasa seronok sebab customer saya selalunya akan repeat order. Secara tak langsung saya dapat berkawan dengan mereka.
5. Flexible time, sambil dodoikan anak saya boleh jawab emel, kadang update blog dan sebagainya.
6. Tak perlu attend class tertentu. Ye lah, kebanyakan MLM kena attend class, buat target tertentu (upline paksa), kadang kelas jauh, waktu tak sesuai, malam dan lain-lain. Kami ada juga buat kelas untuk tambah ilmu marketing, tapi sangat santai dan dalam suasana di rumah aje.
7. Tak perlu beli stok bertimbun. Shaklee ada delivery system yang efficient. Bila ada customer order barang, saya hanya hantarkan emel order tersebut dan buat bayaran ke akaun Shaklee. The next day customer dah terima barang yang dipesan. Senang kan?
8. Tak perlu maintain sebarang point. Kalau rajin share kat FB or blog or emel, banyak la order masuk. Kadang kala saya agak sibuk, tak update blog lebih seminggu pun order tetap masuk juga!
9. Beli vitamin utk makan sendiri bersama ahli keluarga, tetap dapat point dan bonus. Best kan?
10. Saya dah buat banyak kajian bacaan melalui  Internet dan buku, memang vitamin Shaklee adalah yang terbaik dari segi kualiti, harga, natural vitamin tanpa kesan sampingan. Jadi, saya recommend pada semua kawan saya supaya berhenti beli vitamin di farmasi (yang ada silica gel dlm packaging) supaya bertukar kepada Shaklee.

Berminat nak sertai kumpulan saya? Isi borang keahlian dengan KLIK pada logo Shaklee di bahagian kanan blog ini. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Comments

ida =) said…
Salam. Nk tanya, kenapa dgn vitamin y ada silica gel?
Nor said…
Mama Adam : vitamin semulajadi tak perlukan silica gel, sama mcm makanan kita. cth pernah tak beli tepung atau beras dipek sekali dengan silica gel? Takde kan..