Anak kecil saya Imran memang ada ekzema sejak kecil. Saya elakkan menggunakan sebarang losyen bayi, bedak bayi dan seumpamanya yang boleh meningkatkan simptom kekeringan dan gatal pada kulitnya. Sejak kecil saya sapukan kulitnya dengan Herbal cream. Sekarang ni dia sudah berumur 1 tahun 3 bulan dan saya beri dia Mealshake. Kata kawan saya yang juga ada masalah yang sama, dia mencuba Omegaguard yang dapat bantu kurangkan kesan allergi dan kegatalan kulit. Saya kongsikan artikel yang ditulis oleh beliau di sini. Jom baca!
kredit
Atopic Eczema
Kredit : Eczema
Atopic Eczema ialah satu keadaan kulit yang kering dan gatal. Keadan ini disebabkan oleh alergi terhadap sesuatu yang dimakan atau dihidu. Biasanya ia kelihatan seperti kulit yang kering dan berwarna kemerahan yang kemudiannya berubah menjadi merah, gatal dan keradangan. Kadang-kala eczema hanya berlaku pada beberapa bahagian badan (seperti leher, siku, buku lali, pinggang dan lain-lain) tetapi di dalam kes yang lebih teruk ia mungkin meliputi seluruh badan.
Penyebab
Ahli keluarga - biasanya ia diwarisi oleh ahli keluarga yang pernah ada namun ia boleh dikawal secara mudah. Kita perlu memahami faktor-faktor yang boleh menyebabkan keadaan ini contohnya jangkitan, tekanan hidup kerana ia memainkan peranan penting dalam menentukan samada tanda-tanda penyakit tersebut akan menjadi lebih buruk.
Usia berapakah atopic eczema biasanya berlaku?
Biasanya ia berlaku pada bayi atau kanak-kanak kecil dalam lingkungan umur 2 bulan -2 tahun. 75% akan mengalami tanda-tanda pertama dalam umur 6 bulan dan 90% pengidap sudah mengalami tanda-tanda pertama apabila umur 1 tahun. Atopic eczema kini semakin menjadi di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa.
Faktor-faktor yang boleh memburukkan keadaan
Jangkitan - Sejenis bakteria yang biasa dijumpai berpotensi menyebabkan atopic eczema ialah Staphylococcus aureus. Hasil kajian menunjukkan ia berada di permukaan kulit dengan banyak sekali walaupun tiada sebarang kesan jangkitan (bernanah atau meleleh) pada permukaan kulit. Kehadiran bakteria ini menyebabkan sistem imun bereaksi keterlaluan dan seterusnya menambah inflamasi kulit dan berasa sangat gatal. Sekiranya kulit berair atau digaru, lebih banyak bakteria dapat menembusi permukaan kulit dan menjadikan keadaan bertambah teruk. Mujurlah bakteria ini boleh dihapuskan menggunakan antibiotik dengan mudah sekali.
Tekanan - Penyakit ini boleh muncul dalam kehidupan kanak-kanak secara tiba-tiba dalam keadaan tertekan seperti memasuki sekolah, memasuki taska, risau tentang peperiksaan atau apabila ibubapa menghidapi penyakit serius. Kadang-kala tekanan disebabkan kurang nyata, misalnya kanak-kanak mungkin risau tentang ketidakupayaan mengikuti pelajaran disekolah atau dibuli.
Suhu - Rasa panas boleh menambahkan rasa gatal. Elakkan daripada terkena cahaya matahari yang keterlaluan. Begitu juga suhu yang terlalu sejuk boleh menyebabkan rasa gatal dan mengeringkan kulit.
Allergen-allergen lain - Makanan tertentu seperti susu lembu, telur atau ramuan makanan seperti pewarna, pengawet makanan boleh menyebabkan alergi dan memburukkan lagi keadaan pesakit. Hama dan debunga juga merupakan allergen yang biasa ditemui. Setengah pesakit mungkin sensitif terhadap sabun wangi, mandian berbuih atau sisa bahan pencuci pada pakaian dan klorin yang terdapat di dalam kolam renang.
Bagaimana risiko masalah eczema atopic boleh dikurangkan ?
1. Sentiasa pastikan kulit lembap dengan menggunakan emolliet untuk kurangkan rasa kekeringan dan rasa gatal. Basuh tangan anda selalu untukmengelakkan pemindahan bakteria ke atas kulit
2. Pakai sarung tangan semasa membuat kerja rumah untuk mengelakkan diri daripada terkena bahan kimia
3. Jangan menggaru kulit badan atau sekurang-kurangnya pastikan kuku anda pendek untuk mengelakkan kulit dari merekah. Untuk bayi, pemakaian sarung tangan boleh membantu untuk mencegah tabiat menggaru
4. Elakkan diri daripada memendam perasaan. Luahkan masalah anda
5. Galakkan anak anda untuk suarakan perasaan negatifnya atau berbincang
6. Bersenam dan amalkan gaya hidup sihat
7. Jangan dedahkan bayi atau anak-anak anda kepada pancaran matahari. Pakailah pakaian yang dapat melindungi anda daripada sinaran matahari dan gunalah ubat penyekat matahari
8. Vakum rumah anda kerap dan pastikan pengudaraan yang cukup untuk hindari hama
9. Sentiasa bersihkan cadar, karpet dan kain langsir
Comments
anak kedua sy pun ade eczema..kat belakang2 badan. kejap ada, kejap hilang. hari tu gi bwk anak2 swim, then ade org tu tegur bgtau mayb anak ada athma. katanya, ade eczema ni tanda2 bdk kecik ada athma. sy pun baru je tau..hihi.
p/s; salam kenal.. sy follow blog awak ye.