Tuesday, January 31, 2012

  Victoria Sandwich Cake

Resepi pertama yang saya belajar dari MIL, waktu mula-mula kenal kek ni terus 'jatuh cinta' dengan kegebuan dan keenakannya.  Memang kek ni resepi turun temurun dari orang lama-lama keluarga MIL malah menjadi hidangan wajib setiap kali musim perayaan.

Abi paling suka kek ni, terutama kalau letak filling blackcurrant.
make-up dengan gula ising
Nak kongsikan di sini resepi kek ni, untuk rujukan kakak Syaima' juga.

Victoria Sandwich Cake
oleh : umi of dapuraulad

Bahan-bahan ( 3 biji kek)
500g mentega tulen
500g gula halus
500g tepung naik sendiri
10 biji telur saiz A (asingkan telur putih)
5 sb sirap kencana (golden syrup)
2 st esen vanila
jem blackcurrant secukupnya

Cara membuatnya:
1. Putar putih telur hingga mengeras, asingkan sebentar
2. Putar mentega dan gula biar kembang
3. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji, masukkan esen vanila dan putar biar sebati
4. Kaupkan putih telur yang diputar tadi ke dalam adunan, kaup balikkan tepung menggunakan sudip kayu.
5. Masukkan sirap kencana, kacau biar rata.
6. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz 9" yang telah digris terlebih dahulu, adunan ini memerlukan 6 biji loyang pembakar.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan, suhu 160C sekitar 20-25 minit atau sehingga kek masak.
8. Ambil 2 keping kek yang telah masak, lapiskan dengan jem kesukaan anda.
9. Boleh hiaskan bahagian atas kek dengan gula aising.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




0 comment

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com