Kek oren kegemaran atuk

Memang agak mengejutkan bila atuk di Jerantut pesan supaya umi bawa kek waktu pulang ke kampung. Hairan kerana atuk memang tak gemar makan makanan manis termasuk kek.  Tapi atuk pesan supaya buatkan kek plain tanpa hiasan apa-apa, tanpa filling apa-apa.  Jadi umi terus terfikirkan kek oren lembap ni. 

Resepi boleh intai sini.  Kali ni buat 2 adunan, jadi kek agak tebal sikit.

Sesuai untuk 'pengkritik' kek atau seumpamanya, kek ni kurang manis tapi sangat gebu dan lembap. Yang penting disukai ramai!

Comments