Sudah sekian lama umi tak buat kek oren. Bila tengok buah oren yang tak habis-habis ini, umi membelek-belek buku resepi nak cari resepi yang sesuai. Buka blog CMG ternampak pulak kek oren dia yang menawan itu. Hmm..elok juga kita cuba ye!
Umi copy paste resepi itu di sini untuk rujukan akan datang. Lain kali kakak Syaima' boleh buat sendiri tak payah umi tengokkan sebab resepi ini mudah sangat disediakan.
BAHAN-BAHANNYA :-)
130 gram mentega
1 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
1/2 cawan gula halus dan asingkan 1 camca besar
2 biji telur gred "A", asing putih dan kuning
1 biji oren, parut kulit (bahagian kuning sahaja) dan perah jus
CARA MEMBUATNYA :-)

- Panaskan oven pada suhu 175C, lenser bunt-pan dengan mentega, atau guna acuan silicone. Ketepikan.
- Putar mentega dan gula hingga putih, masukkan kuning telur satu persatu dan putar hingga gebu. Masukkan parutan kulit oren, putar sebati.
- Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang seli dengan jus oren, hingga habis, pastikan bahan terakhir ialah tepung. Putar rata. Ketepikan.
- Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan 1 camca besar gula halus yang diasingkan dari 1/2 cawan tadi dan terus putar hingga kental.
- Gaul putih telur dalam adunan no 3 dengan kaedah kaup balik, hingga rata dan sebati. Tuang dalam acuan tadi dan bakar selama 40 - 45 minit, cucuk dengan lidi sate jika keluar bersih tanda kek anda telah masak. Keluarkan dari acuan dan sejukkan atas jaringan sepenuhnya..
Umi pun guna acuan silikon ini. Umi buat 11/2 adunan, dapat 2 biji kek iaitu dalam acuan silikon dan acuan kecil ini.
Comments