Cabaran utama menjadi seorang ibu bukan sahaja mendidik anak, mengasuh anak malah bermula sejak anak dalam kandungan lagi. Penat jerih seorang ibu mengandungkan anaknya selama 9bulan, bukan suatu yang boleh dipandang remeh. Di awal kandungan si ibu menanggung rasa mual, loya, sensitif pada sesetengah bau dan sebagainya. Masuk usia kandungan 4 bulan mula terasa penat badan kerana kandungan semakin berat, baju juga berubah saiz dari M kepada XL, suhu badan meningkat. Kadang ada ibu yang masih berterusan rasa mual mengandung sejak minggu pertama hingga saat melahirkan. Masuk usia kandungan 7 bulan kaki mula terasa sembap, badan cepat penat, kadang sukar nak lelapkan mata. Siapakah yang sanggup menanggung keperitan semua ini? Hanya ibu-ibu hebat sahaja yang sanggup bersabar, menahan perih menantikan saat kelahiran; bukan kerana tidak tahan menanggung berat kandungan tapi dek kerana tidak sabar ingin menatap wajah anak yang dikandungnya selama ini.
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa Yang sempurna kekuatanNya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan Jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)". – Al Ahqaf 15
Saat kelahiran...gelisah si ayah menanti dalam debar saat kelahiran anaknya. Si ibu bertarung nyawa demi anak tercinta. Kesakitan yang ditanggung si ibu saat mahu melahirkan anaknya lebih perit dari sakit gigi malah sakit yang kedua azabnya selepas sakit mati.
Ibu hebat, kan?
Setelah anak lahir ke dunia, bermulalah tanggungjawab penjagaan dan pendidikan secara fizikal terhadap si anak. Seawal kelahiran anak diazankan dan ditahnik. Hari ketujuh dicukurkan kepalanya dan diberi sebaik-baik nama sebagai doa dari ibu ayah buat anak sepanjang hayat. Membesarlah si anak dengan kasih sayang seluruh keluarga tertumpu padanya. Si ibu berusaha sedapat mungkin untuk melengkapkan penyusuan susu ibu selama 2 tahun sebagaimana saranan Allah dalam al-Quran:
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan. Al Baqarah 233
Umumnya kita tahu khasiat susu ibu merupakan makanan terbaik buat si anak. Oleh itu penting bagi ibu menjaga pemakanannya agar berkhasiat, seimbang agar proses penyusuan dapat berjalan lancar. Namun gaya hidup dan pemakanan hari ini memaksa kita mendapatkan makanan tambahan (supplement) bagi mengisi kekosongan keperluan khasiat yang tidak dapat dipenuhi oleh diet seharian kita. Dalam memilih makanan tambahan, ibu-ibu perlu bijak menilai yang mana baik dan yang mana mudarat. Ada tiga jenis makanan tambahan mengikut kategori iaitu sintetik, organik dan semulajadi. Semampu mungkin, pilihlah yang semulajadi dan dibuat dari bahan makanan kerana ia lebih hampir dengan fitrah kita.
Sejak lahir anak diberi susu ibu. Dibekalkan juga susu ibu walau anak ditinggalkan di taska atau bersama pengasuh. Begitulah tabahnya si ibu sanggup berjaga malam, mencari renggang masa yang ada waktu bekerja untuk mengepam susu buat bekalan si anak.
Syabas buat semua ibu yang berusaha menyusukan anak dengan susu ibu. Ibu memang hebat!
Semestinya kita memilih yang terbaik untuk anak, memberikannya makanan terbaik, susu terbaik, pendidikan terbaik malah segalanya yang terbaik sahaja. Ibu yang hebat bukan sekadar memastikan semua yang diberi untuk anaknya terbaik, malah memastikan dirinya sendiri mengambil makanan terbaik, supplement terbaik agar dia terus sihat dan kuat untuk menjaga insan tersayang. Ketahuilah, dirimu begitu berharga. Oleh itu anda yang bergelar ibu, pilihlah makanan dan makanan tambahan semulajadi sebagai pilihan terbaik. Prasa 'ibu hebat' bukan sekadar gelaran, gimik atau angan-angan. Sebalinya ia adalah cabaran dan impian yang harus dikejar oleh setiap ibu. Kerana hanya ibu yang hebat mampu melahirkan dan mendidik insan menjadi hebat!
Andalah ibu yang hebat!
“Entri ini ditulis untuk cabaran #4 iPad MySuperKid yang direviu oleh [nama & hyperlink blog juri] dan ditaja oleh Vitamin Semulajadi”

Comments