Kenapa ibu menyusu perlu supplement?

Sebelum anda menjawab soalan di atas, berikan jawapan kepada soalan-soalan ini terlebih dahulu:
1. Anda mengambil makanan seimbang?
2. Makanan anda dimasak dengan suhu yang sesuai?
3. Diet pemakanan anda mengandungi semua keperluan vitamin harian?
4. Makanan anda tidak mengandungi pengawet, perisa dan pewarna tambaha

Jika anda memberikan jawapan "TIDAK" kepada semua soalan ini, bermakna anda perlukan supplement sebagai pelengkap nutrien seharian.  Namun jangan ada yang kata; 'tak payah makan nasi la kalau macam tu, telan je pil-pil vitamin dah cukup'. SALAH anggapan tu, kita tetap memerlukan makanan, supplement ini sebagai memenuhi 'lubang-lubang' yang kosong dalam keperluan diet seharian kita.  Ibarat enjin dan minyak, enjin mesti ada baru minyak boleh berfungsi.

Perlukah seseorang ibu menyusu mengambil supplement? Dalam keadaan dunia hari ini yang penuh dengan pencemaran; makanan yang hilang khasiat semasa proses menanam, memetik, menyimpan dan memasak; keadaan hidup yang stress; bukan saja ibu yang menyusukan, malah semua orang memerlukan supplement, sekurang-kurangnya sebagai antioksidan. Bagi ibu yang menyusukan, supplement adalah untuk membekalkan zat-zat keperluan harian yang bukan saja untuk menjadikan tubuhnya fit, malah bertenaga dan stabil dari segi emosi untuk menghasilkan susu yang sihat.

Umi nak kongsikan satu testimoni oleh pengguna Shaklee. Sebelum mengambil supplement, susah nak dapatkan walau 1auns susu.  Alhamdulillah sekarang susu dah meriah katanya. Jom baca!

Supplement ni banyak jenis, bukan setakat berbeza brand saja, tapi yang penting – adakah vitamin itu SESUAI dengan tubuh manusia?
Pernah ditanyakan tentang kenapa silica gel tiada dalam botol vitamin Shaklee.
Jawapannya adalah kerana vitamin Shaklee adalah MAKANAN. Ya, ia dibuat dari bahan-bahan semulajadi (misalnya tumbuhan). Pernah tak jumpa silica gel dalam beras? Buah oren? Sayur sawi? Tak ada kan..?

Comments