Thursday, November 17, 2011

  Beza antara vitamin dan ubat

Ramai yang mengambil vitamin Shaklee dan sangat berpuashati dengannya.  Antaranya seperti yang dikongsi oleh puanbee di blognya, sebelum ni dia selalu lenguh-lenguh badan, kulit kusam, letih kurang bertenaga. Sejak mengamalkan Shaklee 2 minggu lepas, kesihatannya semakin baik, tak ada lenguh-lenguh dan sakit kepala lagi katanya.  Boleh baca sendiri review oleh puanbee di sini.

Tapi perlu diingat, vitamin bukan ubat ye! Jika anda mengidap sebarang penyakit yang memerlukan perhatian khusus, sila dapatkan nasihat perubatan dari mereka yang pakar.  Vitamin dan supplement adalah untuk orang sihat supaya kekal sihat.  Jom baca apa beza di antara vitamin dan ubat.

kredit kepada MommyLyna.

Ramai yang tak faham, even pharmacyst pun (sorry to say tapi it’s reality sebab dapat pengakuan dari pharmacyst sendiri), iaitu perbezaan antara ubat dan supplement. Orang dok ingat ubat = supplement. Yelah, mungkin sebab datang dalam bentuk yang sama –> pil. Tapi hakikatnya memang tak sama dan takkan sama.
Saya petik dari website BabyFit untuk menunjukkan perbezaannya:
  • Check with your doctor and your baby’s pediatrician before taking any medications.
  • Do not take recreational drugs.
  • Take a vitamin-mineral supplement especially formulated for pregnant and breastfeeding mothers.
Perhatikan perbezaan antara 3 jenis benda tu. MEDICATION (ubat) – check dengan doktor. DRUGS (dadah @ ubat penenang, etc) – Jangan ambil. SUPPLEMENT (vitamin/mineral) – Ambil.
Apakah yang membezakan antara mereka ni? Yang paling jelas ialah, supplement ialah KEPERLUAN BADAN kita. Sel kita perlukan protein, vitamin dan mineral untuk membesar dan berfungsi dengan baik. Sel kita tak perlukan ubat (drug) sebaliknya ia digunakan untuk mengubati simptom, men-diagnos dan mengubati penyakit. Makna kata, kalau tak sakit, kita tak ambil ubat. Kalau tak sakit tapi gatal nak ambil ubat, boleh jadi berpenyakit pula.
Berbeza dengan suplement (vitamin) kerana kita sentiasa perlukannya, terutama vitamin larut air yang sentiasa keluar dari tubuh kita. Kita boleh sakit kalau kekurangan vitamin. Paling takpun akan jadi kurang sihat dari segi fizikal dan emosi.
Boleh baca di sini http://vitaminsemulajadi.com/beza-antara-industri-medikal-dengan-industri-nutritional
Adakah suplemen boleh memberi kesan kepada kesihatan? YA, sekiranya suplement yang anda ambik tu dari jenis SINTETIK. Ataupun ada je yang claim SUPLEMENT tapi sebenarnya ditambah DADAH dan HORMON PERANGSANG seperti steroid dan sebagainya. Benda-benda ni akan mendatangkan kesan jangka panjang.
Jadi, pilihlah supplement yang dibuat dari bahan semulajadi dan proses semulajadi juga. Ada juga suplemen yang dibuat dari bahan semulajadi tapi menjalani proses kimia.
Perlukah suplemen?
Tepuk dada tanyalah apa yang kita makan. Piramid terbalik? Fast food?
Membetulkan piramid makanan itu sangat bagus, dan lebih bagus lagi dengan penambahbaikan dengan supplement. Sebab yang merosakkan badan kita bukan makanan saja.. persekitaran misalnya pencemaran udara, gaya hidup yang stress dan sebagainya.
Cuba kira dalam sehari berapa kali kita tak terdedah kepada asap rokok? Walaupun kita tak merokok tapi perokok sekunder pun sama je kesannya macam perokok. Kalau takpun, asap kenderaan, radiasi dan sebagainya.
Jadi, sebelum kita kena ambil macam2 jenis ubat (selepas kena macam2 jenis penyakit), tiada salahnya untuk menjaga kesihatan dengan vitamin dan mineral yang betul untuk kesihatan. Tun Mahathir adalah pengamal suplemen, bandingkan diri beliau (dari segi fizikal dan buah pemikiran) dengan atuk kita yang seusia dengannya (yang tak ambil suplemen). Jelas kan?

Sedikit Info Salah Faham Tentang Supplement
1. Supplement adalah ubat ? TIDAK. Supplement bukan ubat. Ubat terdiri daripada bahan jenis dadah yang ?asing? untuk tubuh kita. Supplement adalah vitamin-vitamin pembina tubuh yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
2. Kita tak perlu vitamin sebab dah cukup makan ? Bila diselidiki diet harian kita, kebanyakan yang kita makan tu HAMPAS sahaja.
3. Semua supplement sama saja ? TIDAK. Kebanyakan supplement di pasaran adalah dari sumber sintetik. Suplemen terdiri dari 3 jenis : sintetik, organik dan semulajadi. Yang terbaik tentunya supplement semulajadi.
4. Supplement memberi kesan sampingan ? BETUL sekiranya ia dari sumber sintetik. Suplement semulajadi TIDAk memberi kesan sampingan.
5. Supplement diperlukan oleh orang kurang nutrisi seperti mangsa kebuluran sahaja ? TIDAK. Supplement adalah untuk orang yang mementingkan kesihatan.
Tahukah anda kebanyakan rasa penat, letih, lesu, stress adalah antara petanda anda kekurangan vitamin?

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




2 comments

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com