Faisal yang rajin mengemas..sudah 6 tahun

Anak umi yang nombor 5 ini memang rajin mengemas.  Antara kerja yang paling Faisal suka buat ialah menyapu dan menyusun buku-buku.
Hari ini 23 April adalah hari ulangtahun kelahirannya yang ke-6.  Rasa cepat sungguh masa berlalu, sudah 6 tahun rupanya waktu umi sakit nak melahirkan Faisal dulu.  Waktu tu umi dalam perjalanan menghantar tesis Master, sakit sudah semakin kuat tapi umi gagahkan juga pergi UKM pagi tu. Selesai sahaja urusan di sana, abi terus bawa umi ke hospital.  Alhamdulillah umi tak perlu tunggu lama, sempat solat zohor terus masuk labour room.  Tak sampai 30 minit anak umi yang diberi nama Mohamed Faisal selamat dilahirkan ke dunia.  Nama Mohamed Faisal ini pilihan Atuk PJ sebab Atuk berkenan sangat pada peribadi Raja Saudi waktu tu iaitu King Al-Malik Faisol.

Sempena hari istimewa ini Faisal request kek hitam (kek coklat la tu..!), dia nak ada hiasan Ben-10 pada keknya.  InsyaAllah kek coklat Ben-10 akan dihantar ke Tadika supaya Faisal dapat raikan bersama kawan-kawan tadikanya.  Umi buatkan sebiji kek lagi untuk kita makan bersama atuk dan nenek PJ. InsyaAllah lepas solat Asar ini kami akan ke PJ.

Fruity Chocolate Cake
Tak ada idea sebenarnya nak deco kek coklat ni, umi hanya menggunakan buah-buahan koktel dalam tin, kemudian tambah hirisan buah kiwi.  Nak bagi nampak ceria, umi tabur pula choc rice warna warni ini.  Sebenarnya Faisal tak tahu umi buat kek ini, pakat dengan Syifa' tadi buat senyap-senyap kemudian sorok dalam peti (saja nak suprise kat dia).
masih menggunakan resepi yang sama iaitu kek coklat kukus.  Resepi boleh rujuk sini.

Nak pantun sikit ehem..!

Hitam hitam si tampuk manggis
Walau hitam hati tulus suci
Kek ni hitam tapi manis
Untuk Ical yang rajin sekali!

Comments