Talapia Masam Manis

Lagi resepi ikan talapia, kalau maksu eni tengok mesti terliur tak lena tidur nih!

Selain dimasak menggunakan resepi tiga rasa, umi suka juga resepi masam manis begini kerana resepi ini lengkap 3 dalam 1 (sayur, ikan dan kuah).  Jadi resepi begini amat berguna di kala kesuntukan masa untuk menyediakan hidangan makan yang lengkap dan berkhasiat.

Jom tengok bahan-bahan dan cara menyedianya!

Talapia Masam Manis
Bahan-bahan:
ikan talapia -bersihkan
1 labu bawang besar - potong bulat
3 ulas bawang merah - mayang halus
2 ulas bawang putih - mayang halus
2sb cili boh
1/2 c sos tomato
1/4 c sos cili
2 sb gula pasir
sedikit air
timun -belah dua dan hiris
tomato - potong baji
minyak untuk menumis dan menggoreng

Cara membuatnya:
1.  Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit, goreng ikan biar garing.  Ketepikan sebentar.
goreng garing
 2.  Sediakan sos pula. Tumis bawang merah dan bawang putih biar biar wangi.
3.  Masukkan cili boh, biar naik minyak.  Masukkan pula bawang besar.  Kacau rata.
4.  Masukkan sos cili, sos tomato, air dan gula.  Biar kuah agak pekat.
5.  Masukkan timun dan tomato yang telah dipotong tadi.
6. Tutup api.  Curahkan sos ini ke atas ikan yang telah digoreng tadi.
7.  Hidangkan.
1 hidangan lengkap 3-in-1

Comments

ibundo said…
salam umi. kakpah ada bela banyak ikan talapia. Bila dah besar kakpah tangkap buat lauk. Manis dan sedap rasanya. Tak seperti talapia yang beli di pasar tu.. banyak yang terasa lumpur.
Goreng macam tu je pun sedap.
Nor said…
salam kakpah. wah.. kakpah ni buat kami terliur je..minta sikit ikan tu, kempunan nak makan hasil tangkapan anak2, minta belas ehsan kakpah pulak hehe..!
Unknown said…
assalammualaikum kak..haha sedap nampak ikan tilapia masam2 manis tu..nieza suka la..:)
anymz said…
akak kalau ikan talapia ni biasa masak lemak cili api lah umi.org negori itu ajelah kepakarannya kan?,masak pekat2,pedas2 judukan dgn lada hijau..mmm sedapnya..